Drama Takdir Itu Milik Aku Di Astro Ria

Drama Takdir Itu Milik Aku Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Takdir Itu Milik Aku yang akan bersiaran mulai 26 Februari 2024, iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 atau secara online striming di Sooka.

Drama 40 episod yang menggantikan Layang-Layang Perkahwinan ini merupakan terbitan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Takdir Itu Milik aku merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada novel dengan tajuk yang sama karya Siti Rosmizah yang pastinya akan menarik ramai peminat untuk menontonnya terutamanya pembaca novel tersebut.

Episod : 40
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 26 Februari 2024 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Wan Mahani
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Drama Takdir Itu Milik Aku Di Astro Ria

OST Drama

Lagu : Takdir Itu Milik Aku
Penyanyi : Liza Hanim
Komposer : Afif Tirmizie, Ejai Aziz & Kelana
Lirik : Siti Rosmizah

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Shaheizy Sam, Emma Maembong, Sharifah Husna, Liza Abdullah, Mahmud Ali Bashah, Jasmin Hamid, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Mustaqim bahadon dan Nasz Sally.

Selain itu, terdapat juga nama-nama seperti Riz Amin, Afzan Rahman, Shakilla Khoriri, Duerra Mitilda, Manan Sulaiman, Radhi Khalid, Lan Zailan, Irfan Zaini, Dilla Ahmad, Norlie Tamam Idris, Faye Khusairi, Ainin Batrisya dan ramai lagi.

  • Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha
  • Emma Maembong sebagai Dian Zara
  • Sharifah Husna sebagai Azura
  • Liza Abdullah sebagai Datin Munirah
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Dato Salleh
  • Jasmin Hamid sebagai Kamsiah
  • Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah
  • Ku Faridah sebagai Nek Wan Hamimah
  • Mustaqim bahadon sebagai Arman
  • Nasz Sally sebagai Maryam
  • Riz Amin sebagai Rahman
  • Radhi Khalid sebagai Dollah Kutty

Drama Takdir Itu Milik Aku Di Astro Ria

Sinopsis Drama Takdir Itu Milik Aku

Drama Takdir Itu Milik Aku mengisahkan tentang Dian Zara iaitu seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya.

Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi hanya sementara.

Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini.

Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya. Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya.

Dian melalui penderitaan dalam hidupnya. Anaknya meninggal, Dian dihina, dikeji. Tetapi Dian tidak mengalah, dia akhirnya bangkit untuk membela nasibnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Drama Takdir Itu Milik Aku Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments