Drama Perempuan Ilmu Hitam Di Tonton

Drama Perempuan Ilmu Hitam Di Tonton

Bagi peminat drama seram, jangan terlepas untuk saksikan Perempuan Ilmu Hitam yang akan mula bersiaran pada 29 Februari 2024, setiap hari Khamis menerusi platform Tonton secara percuma.

Drama siri Tonton Original ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan penulisan skrip daripada kerjasama antara Liza Nur dan Rozie Rashid.

{tocify} $title={Table of Contents}

Episod : 10
Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : Mulai 29 Februari 2024 (Setiap Khamis)
Penulis Skrip : Liza Nur, Rozie Rashid
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Drama Perempuan Ilmu Hitam Di Tonton

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Perempuan Ilmu Hitam seperti Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Nazim Othman, Josiah Hogan, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Syazwan Zulkifly, Didie Alias, Shah Farid, Nur Qaseh Shuhada, Rasyid Jaafar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Siti Hariesa sebagai Lisa
  • Chacha Maembong sebagai Afifah
  • Fify Azmi sebagai Sara
  • Nazim Othman sebagai Cairyl
  • Josiah Hogan sebagai Azhar
  • Zaki Azeman sebagai Nasrun
  • Ashraf Muslim sebagai Syamil
  • Syazwan Zulkifly sebagai Bakri
  • Didie Alias sebagai Mbah Nira

Sinopsis Drama Perempuan Ilmu Hitam

Drama Perempuan Ilmu Hitam mengisahkan tentang Azhar, Bakry dan Cairyl yang datang daripada keluarga korporat yang ternama di Malaysia.

Setelah mula berjinak-jinak dengan pornografi, ketiga-tiga mereka telah mengalami ketagihan seksual. Remaja berusia belasan tahun telah menjadi sasaran demi memuaskan nafus mereka.

Bagi memudahkan kegiatan mereka ini, Azhar telah mendesak anak pemandu kepada bapanya iaitu Nasrun untuk melaksanakan aktiviti 'memburuk' (hunting game).

Aktiviti ini telah menjadikan Lisa, Afifah dan Sara sebagai mangsa. Gadis-gadis ini telah dirogol secara berama-ramai. Lebih malang lagi, kerana rasuah, nasib mereka tidak dibela.

Setelah kejadian tersebut, Sara telah mengalami tekanan perasaan. Dia berhenti bercakap dan mengalami kemurungan selepas peristiwa hitam tersebut.

Setelah tujuh tahun berlalu, Inspektor Syamil tetap kekal dan nekad untuk mendapatkan keadilan bagi kes ini dengan meneruskan penyiasatan.

Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pekerja sosial. Dia berdepan dengan kes seorang remaja orang asli bernama Bayu yang telah menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki. Lisa cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangatnya.

Inspektor Syamil dan Lisa bertungkus-lumus untuk mencari dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu. Siasatan telah merungkai situasi yang lebih rumit.

Lisa mula sedar bahawa Nasrun telah dipergunakan oleh Azhar dan rakan-rakannya untuk menjadi mangsa baru.

Lisa telah mendesak Afifah untuk bekerjasama dengan Mbah Ngai bagi membantunya menyiasat kes ini dengan lebih mendalam.

Desakan ini bukan mudah untuk diterima oleh Afifah yang telah cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah pahit yang lalu itu.

Pada mulanya dia telah menolak permintaan Lisa tersebut, namun apabila cucu ketua kampung mereka iaitu Siti juga menjadi mangsa baru, Afifah tekan untuk menuntuk keadilan.

Caranya lebih 'halus'. Apakah cara tersebut? Maka dengan tu, bermulalah misi membalas dendam dengan cara seruan syaitan. Apakah yang bakal terjadi?

Drama Perempuan Ilmu Hitam Di Tonton

Post a Comment

0 Comments