Telefilem Daddy Duda Di TV3

Telefilem Daddy Duda Di TV3

Hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Daddy Duda yang akan bersiaran pada 17 Mac 2024, hari Ahad, jam 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem komedi romantik ini merupakan terbitan syarikat produksi Redbean Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman dengan penulisan skrip oleh Azhar Jalil

Tayangan : Slot Cereka Ahad TV3
Tarikh : 17 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.

Telefilem Daddy Duda Di TV3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Daddy Duda ini ialah Fikry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, adik Natasya Nazira, Faeza Helai, Aween Ismail, Alya Iman, Shafiqah Kahar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Haeqal
  • Natasya Nazira sebagai Qaseh
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Tok Ma
  • Shafiqah Kahar sebagai Dr. Hana
  • Alya Iman sebagai Aina

Sinopsis Telefilem Daddy Duda

Telefilem Daddy Duda mengisahkan tentang Qaseh yang merupakan seorang anak berusia 10 tahun bertekad untuk mencari pasangan hidup baru untuk daddnya.

Sejak Haeqal bercerai dengan isterinya, Aina, hidupnay tidak terurus. Disebabkan itulah, anak ciliknya datang membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Berjayakan misi Qaseh untuk mencari jodoh ayahnya?

Post a Comment

0 Comments