Drama Layang-Layang Perkahwinan Di Astro Ria

Drama Layang-Layang Perkahwinan Di Astro Ria

Selepas selesai tayangan drama Syurga Itu Bukan Mudah, Astro bawakan satu lagi drama terbaru untuk tontonan ramai berjudul Layang-Layang Perkahwinan.

Sebuah drama 28 episod yang akan mula bersiaran pada 8 Januari 2024 dengan menampilkan pelakon seperti Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Layang-Layang Perkahwinan Di Astro Ria

Sinopsis Drama Layang-Layang Perkahwinan

Drama siri Layang-Layang Perkahwinan mengisahkan tentang pergolakan dan konflik hubungan dalam sebuah keluarga.

Disebalik kesempurnaan ada rahsia sebenar yang disimpan. Mampukah mereka pertahankan imej sempurna itu selamanya, atau rahsia akan terbuka?

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama sini ialah Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Nina Juren, Haidar Hasanudin, Natasya Elyzza, Arash Mohd, Lisdawati, Aishah Ilias, Aidan Razeen, Kenji Sawahii, Zaid Erakad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shukri Yahaya sebagai Azim
  • Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda
  • Keith Foo sebagai Ammar
  • Alya Iman sebagai Suraya
  • Nina Juren sebagai Leili
  • Haidar Hasanudin sebagai Arjuna
  • Natasya Elyzza sebagai Nur Maya

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Eyra Rahman, penulisan skrip daripada Oka Aurora dan diterbitkan oleh produksi iFabulous Art Media & Event (iFame).

Drama Layang-Layang Perkahwinan Di Astro Ria

OST Drama

Tajuk : Haruskah (Ku Balas Semua)
Penyanyi : Afida
Komposer : Afida, Andri Aprila, Gio Wibowo
Lirik : Gio Wibowo

Waktu Bersiaran

Drama Layang-Layang Perkahwinan dengan 28 episod ini akan bersiaran mulai 8 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan online Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton drama ini secara striming menerusi platform Sooka di laman web atau aplikasi mobile iaitu setelah selesai tayangan di tv, jam 11.00 malam.

Info Penuh Drama

Episod : 28
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria 104 dan Sooka
Tarikh : Mulai 8 Januari 2024 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 malam
Penulis Skrip : Oka Aurora
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : iFame

Drama Layang-Layang Perkahwinan Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments