Telefilem Datin Glam Di TV3

Telefilem Datin Glam Di TV3

Saksikan telefilem Datin Glam yang akan bersiaran semula pada 25 Februari 2024, hari Ahad menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau anda juga boleh tonton secara striming menerusi platform Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini terbitan syarikat produksi Rashbir Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rashid Sibir dengan nukilan skrip daripada Panel Skrip Rashbir Media sendiri.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 25 Februari 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Panel Skrip Rashbir Media
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Rashbir Media Sdn. Bhd.

Telefilem Datin Glam Di TV3

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah, Datuk Chef Wan, Faez Nick, Najwa Jaafar, Mathni Razak dan ramai lagi.

  • Ziana Zain sebagai Datin Ramona
  • Norman Hakim sebagai Datuk Kamal
  • Rita Rudaini sebagai Datin Zura
  • Amyza Aznan sebagai Datin Ros
  • Norlia Ghani sebagai Mak Som

Sinopsis Telefilem Datin Glam

Telefilem Datin Glam mengisahkan tentang  Nona yang ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat. Datin Ros berhajat untuk suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi. Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia.

Walaupun berat hati untuk berkahwin lagi sebab terlalu sayangkan arwah isteri, Datuk Kamal akhirnya menunaikan juga amanat arwah isteri untuk berkahwin dengan Nona. Sejak itu, Nona belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’.

Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.

Post a Comment

0 Comments