Drama Puaka Cuti Semester Di TV3

Drama Puaka Cuti Semester Di TV3

Jangan lupa saksikan drama Puaka Cuti Semester mulai 25 April 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusis slot Lestari di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama 10 episod ini pada awalnya merupakan kandungan Tonton Original dan telah ditayangkan di platform penstriman tersebut pada Ogos 2023 yang lalu dan kini akan bersiaran di kaca tv menerusi saluran TV3 pula.

Info Drama

Episod : 10
Tayangan Asal : Tonton Original tahun 2023
Bersiaran : Slot Lestari di TV3
Tarikh : Mulai 25 April 2024 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Qawiem Hamizan dan Haniz Ali
Pengarah : Faizal Nadxaman
Produksi : Anomali Media Sdn. Bhd.

Drama Puaka Cuti Semester

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Puaka Cuti Semester seperti Mark Adam, Zaki Azeman, Farhan Mazlan, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Ropie, Azza Elite, Nazzaty Rusly, Hariff Ahamat, Aryana Armani dan ramai lagi.

  • Mark Adam sebagai Iqsan
  • Zaki Azeman sebagai Zubair
  • Farhan Mazlan sebagai Fahmi
  • Tracie Sinidol sebagai Leha
  • Aween Ismail sebagai Aina
  • Ropie sebagai En. Sabri
  • Azza Elite sebagai Kak Ton
  • Nazzaty Rusly sebagai Melati
  • Hariff Ahamat sebagai Dr. Ariff

Sinopsis Drama Puaka Cuti Semester

Drama Puaka Cuti Semester mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Kali ini sepanjang cuti semester, mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan masing-masing. Antaranya ada yang mempunyai masalah kewangan, rasa malu dan bermotivasi utnuk menjadi pelajar cemerlang

Tetapi pada suatu hari, mereka diganggu oleh hantu askar Jepun ketika berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.

Disebabkan itu, pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya ada kelibat pontianak, jerangkung dan bunia. Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka di lapangan.

Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan ketakutan dan kekecohan, dalam masa yang sama juga, ianya telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar tersebut.

Jadi apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka? Dapatkan mereka merungkai kisah-kisah mereka tersebut pada akhirnya?

Drama Puaka Cuti Semester

Post a Comment

0 Comments