Drama Lelaki Itu Di TV3

Drama Lelaki Itu Di TV3

Sebuah lagi drama terbaru yang akan mula ditayangkan sempena Ramadan ini iaitu drama Lelaki Itu yang akan mula bersiaran pada 19 Mac 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3 dan online Tonton.

Drama 30 episod yang merupakan ini merupakan terbitan produksi Rumah Karya Citra, diarahkan oleh Along Kamaluddin dan merupakan idea asal serta penulisan skrip daripada penerbit sendiri iaitu Eirma Fatima.

{tocify} $title={Table of Contents}

Episod : 30
Tayangan : Slot Samarinda TV3
Tarikh : Mulai 19 Mac 2024 (Isnin - Khamis)
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Along Kamaluddin
Produksi : Rumah Karya Citra

Drama Lelaki Itu Di TV3

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Lelaki Itu seperti Adi Putra, Nur Fazura, Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Hannah Delisha, Nadia Brian, Sophia AlBarakbah, Ameerul Asyraf, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Adi Putra sebagai Syed Mirza
  • Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah
  • Nur Fazura sebagai Imani
  • Nabila Huda sebagai Sarina
  • Hannah Delisha sebagai Batrisya
  • Nadia Brian sebagai Sharifah Baiyinah
  • Sophia Albarakbah sebagai Sharifah Bahiyah

Sinopsis Drama Lelaki Itu

Drama Lelaki Itu mengisahkan tentang kehidupan keluarga Syed Mirza yang tidak mana dia tidak mampu untuk menjadi khalifah di rumahnya sendiri. Sebaliknya hanya mampu menjadi 'lelaki' di luar rumahnya.

Syed Mirza berkahwin dengan seorang wanita kaya yang berpengaruh iaitu Sharifah Qaidah. Mereka berdua dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Baiyina, Batrisya dan Bahiya.

Meskipun mereka hidup dalam serba lengkap, namun kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan oleh Sharifa Qaidah. Dia berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya dan ini membuatkan Syed Mirza iaitu seorang suami berasa terkongkong.

Post a Comment

0 Comments