Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Kini Ditayangkan Pula Di TV3

Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Kini Ditayangkan Pula Di TV3

Jika sebelum ini, peminat-peminat drama Melayu pastinya sudah menonton ILYS - I Live You Stupid dimana pada awal ianya ditayangkan menerusi platform penstriman Viu iaitu pada bulan Julai yang lalu.

Tapi bagi anda yang terlepas atau tidak berkesempatan untuk menonton drama ini, jangan risau kerana ILYS akan mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia jam 7.00 malam bermula 14 November 2023 setiap Isnin hingga Jumaat.

Drama 40 episod ini merupakan adaptasi novel best seller 'I Love You, Stupid!' karya Melur Jelita dengan menampilkan gandingan terbaru daripada Ezzanie Jasny dan MK K-Clique sebagai teraju utama dalam naskah ini.

Selain itu, terdapat juga barisan pelakon seperti Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Syed Mutalib, Fad Anuar, Luqman Junaidi dan ramai lagi.

Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Kini Ditayangkan Pula Di TV3

Sinopsis Drama ILYS

Drama I Love You Stupid mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny) berasal daripada keluarga berada dan memiliki sifat nakal.

Iris juga seorang yang bijak, cantik dan berkeyakinan tinggi. Namun, keyakinannya itu tercalar apabila mengenali Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) yang telah menyamannya kerana membawa kereta lebih daripada had laju yang ditetapkan.

Walupun Iris cuba memujuk agar dirinya tidak disaman, Inspektor Ebrahim tetap tidak memberi muka.

Disebabkan kejadian tersebut, Inspektor Ebrahim digelar 'Abang Pedas' oleh Iris dek bahasanya yang 'pedas berapi'. Tapi sebenarnya dalam diam, Iris semakin tertarik walaupun diselubungi rasa benci.

Takdir telah menemukan mereka beberapa kali.

Iris sering menjadi tumpuan Inspektor Ebrahim. Naum, apabila dia menjadi jurulatih persatuan silat di universitinya, ketampanan dan ketegasan 'Abang Pedas' mencuri perhatian ramai.

Kerana perasaan tidak puas hati terhadap Inspektor Ebrahim, Iris telah menganiaya dan memfitnah Inspektor Ebrahim. Disebabkan itu, dia mula menghilangkan diri.

Aidan (Haidar Hasanudin), teman lelaki Iris telah mengajak Iris untuk turut menyertai kemanusiaan di sebuah perkampungan Melayu Champa.

Disitu, Iris telah bertemu Firman yang memperlihat kepadanya kesusahan dan penderitaan kaum Melayu Champa lantas mengubah Iris menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur.

Pada masa yang sama, Iris mempunyai misi rahsia yang sangat penting buat dirinya untuk menebus kekhilafannya dahulu.

Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Kini Ditayangkan Pula Di TV3

Post a Comment

1 Comments

  1. novelnya best but drama nya x tau la kan. but ada yg ckp best jugak sbb MK tu

    ReplyDelete