Filem Sazali Meor Coco Mula Tayangan Pada 16 November Ini

Filem Sazali Meor Coco Mula Tayangan Pada 16 November Ini

Jangan lupa saksikan sebuah filem melayu tempatan terbaru Sazali Meor Coco #TetiberUTuber yang akan temui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 16 November 2023.

Sazali Meor Coco yang bakal ditayangkan ini merupakan filem sulung terbitan Aquila Emas Sdn. Bhd. dan buat kali pertamanya Zizan Nin mengarahkan sebuah karya filem.

Untuk infi, filem ini telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM) di Busan Korea pada 7 Oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Filem Sazali Meor Coco 

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 16 November 2023 (Khamis)
Penulis Skrip : Hafeez Amin
Pengarah : Zizan Nin
Produksi : Aquila Emas Sdn. Bhd.

Filem Sazali Meor Coco Mula Tayangan Pada 16 November Ini

OST Filem

Tajuk : Tiga Raga
Penyanyi : Razmansyah
Lirik: Perjaka & Haffez Amin
Komposer: Sharon Paul & Zee Avi

Barisan Pelakon

Filem ini ditunjangi dengan gandingan pelakon muda berbakat iaitu Syazani Zikry, Shahradhy dan Iman Zulkarnain.

Selain itu terdapat juga pelakon lain seperti Syed Irfan, Siti Aqilah Kamaruddin, Aqeesh Aleeya, Zazleen Zulkafli, Susila Devi dan ramai lagi

  • Syazani Zikry sebagai Sazali
  • Shahradhy sebagai Meor
  • Iman Zulkarnain sebagai Coco

Sinopsis Filem Sazali Meor Coco

Filem Sazali Meor Coco mengisahkan tentang tiga sahabat yang berhijrah dari kampung ke bandar bagi mencuba nasib menjadi bintang terkenal dengan bakal yang dimiliki.

Seorang daripada mereka nak jadi pelakon, seorang lagi nak jadi stuntman dan sorang lagi ingin menghasilkan lagu.

Tetapi impian yang ingin dicapai tersebut bukanlah mudah kerana mereka bertiga perlu menghadapi pelbagai dugaan dalam industri terutamanya yang masih baru.

Akibat desakan hidup, mereka mencuba nasib dengan buskin di jalanan.

Selepas itu nasib mereka berubah menjadi U-Tuber terkenal, bila video persembahan mereka viral di media sosial dan rezeki datang mencurah-curah.

Malangnya, dugaan lain pula yang datang disebabkan oleh kurangnya ilmu dan masalah sikap sehingga mereka bertiga hampir berpecah.

Apakah yang berlaku sebenarnya? Untuk ketahui lebih lanju, saksikan sendiri filem Sazali Meor Coco di pawagam pada 16 November ini.

Filem Sazali Meor Coco Mula Tayangan Pada 16 November Ini

Post a Comment

0 Comments