Filem La Luna Menampilkan Kelainan Tersendiri. Baca Sinopsis Disini

Filem La Luna Menampilkan Kelainan Tersendiri. Baca Sinopsis Disini

Jika anda inginkan sebuah naskah atau filem melayu yang berbeza, kali ini anda boleh dapatkannya menerusi filem La Luna yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 9 November 2023.

Filem arahan pengarah berbakat besar dari Singapura M. Raihman Halim yang juga penulis skrip turut juga akan ditayangkan di Singapura bermula 16 November 2023 (Khamis).

Barisan pelakon yang terlibat seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie, Wafiy Ilhan dan ramai lagi.

Table of Contents

La Luna

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 9 November 2023
Penulis Skrip : M. Raihan Halim
Pengarah : M. Raihan Halim
Produksi : ACT 2 Pictures, One Cool Film, Papahan Films dan Clover Films

Filem La Luna

Watak Lakonan

  • Sharifah Amani sebagai Hanie
  • Shaheizy Sam sebagai Salihin
  • Nam Ron sebagai Ayob
  • Farah Ahmad sebagai Enah
  • Hisyam Hamid sebagai Pa'at
  • Syumaila Salihin sebagai Azura

Sinopsis Filem La Luna

Filem La Luna mengisahkan sebuah kampung rekaan bernama Bras Basah yang merupakan kawasan paling tegas di negara ini khususnya soal agama.

Dengan kehadiran sebuah kedai pakaian dalam bernama 'La Luna' yang diusahakan oleh Hanie secara tiba-tiba telah menghidupkan kampung yang sunyi dan tidak bersemangat.

Walaupun penduduk kampung mula menerima kehadiran Hanie, ketua kampung pula nekad mahu mengusirnya kerana beranggapan perubahan yang dibawa Hanie merosakkan akidah dan suasana di Bras Basah.

Filem La Luna

Post a Comment

0 Comments