Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Lakonan Ezzanie Jasny Dan MK K-Clique Di TV3 dan VIU

Drama ILYS - 'I Love You Stupid' Lakonan Ezzanie Jasny Dan MK K-Clique Di TV3 dan VIU

Jangan lupa saksikan drama siri I Love You Stupid mulai 12 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pada pukul 12.00 tengah hari secara eksklusif hanya di Viu. Boleh tonton di aplikasi atau di laman web www.viu.com.

Drama bersiri 40 episod yang merupakan adaptasi novel 'I Love You, Stupid!' karya Melur Jelita ini merupakan terbitan syarikat Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eyra Rahman dengan penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim

Episod : 40
Tayangan : Viu Malaysia
Tarikh : Mulai 12 Julai 2023 (Rabu - Sabtu)
Masa : 12.00 Tengah Hari
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Drama I Love You Stupid di Viu

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama I Love You Stupid seperti Ezzanie Jasny, MK K-Clique, Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Syad Mutalib, Fad Anuar, Luqman Junaidi, Carlina Binur dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ezzanie Jasny sebagai Iris
  • MK K-Clique sebagai Inspektor Ebrahim
  • Haidar Hasanudin sebagai Aidan
  • Fauzi Nawawi sebagai Tuan Seri Zakaria
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Seri Sarah
  • Lisdawati sebagai Hajah Aminah
  • Syad Mutalib sebagai Fatimah
  • Fad Anuar sebagai Faris
  • Luqman Junaidi sebagai Daus

Sinopsis Drama I Love You Stupid

Drama I Love You Stupid mengisahkan tentang Iris iaitu seorang gadis muda yang cergas dan berkeyakinan tinggi yang menjalani hidupnya mengikut peraturannya sendiri - kadangkala mengorbankan orang lain termasuklah seorang pegawai yang tersalah tuduh apabila Iris gagal menarik perhatiannya. 

Dengan harapan untuk membuka lembaran baru, dia menerima teman lelakinya ketika itu, jemputan Aidan ke kampung luar bandar untuk misi kemanusiaan. Tanpa disedari oleh orang lain, misi sebenar dia adalah untuk membantu mendapatkan semula anak kawan baiknya.

Drama I Love You Stupid di Viu

Drama I Love You Stupid di Viu

Post a Comment

0 Comments