Cerana Biduk Bu Merah Merupakan Sebuah Filem Seram Yang Ditayangkan Bermula 12 Oktober Ini

Cerana Biduk Bu Merah Merupakan Sebuah Filem Seram Yang Ditayangkan Bermula 12 Oktober Ini

Pengamal syirik, berdamping dengan saka, semangat dan spiritual masih lagi berlaku dalam masyarakat dan perkara tersebutlah yang akan ditonjolkan dalam sebuah filem seram Cerana Biduk Bu Merah.

Filem ini akan mula ditayangkan secara rasmi pada 12 Oktober 2023 di pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Jadi orang ramai sudah boleh mula dapatkan tiket bagi menontonnya nanti.

Karya pengarah Haizul Anafer Ali yang  merupakan terbitan syarikat produksi Goldhill Pictures Sdn. Bhd. ini bakal membawa banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

Cerana Biduk Bu Merah

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 12 Oktober 2023 (Khamis)
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Pengarah : Haizul Anafer Ali
Produksi : Goldhill Pictures Sdn. Bhd.

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Pelakon & Watak Lakonan

Filem Cerana Biduk Bu Merah dibarisi pelakon popular seperti Fasha Sandha, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Sarah Daewoo, Pyan Kepoh dan ramai lagi

  • Fasha Sandha sebagai Bu Merah
  • Pekin Ibrahim sebagai Imran
  • Wan Hanafi Su sebagai Hj. Rusli
  • Badrul Muhayat sebagai Husin Belati
  • Sarah Daewoo sebagai Sofia

Sinopsis Filem Cerana Biduk Bu Merah

Filem ini mengisahkan tentang Bu Merah iaitu seorang wanita tua yang dipinggirkan oleh orang kampung dan tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka.

Biarpun Bu Merah sudah berusia tua, tapi kulitnya tidak berkedut, malahan sentiasa kelihatan cantik. Ini kerana penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda.

Kisah Cerana Biduk Bu Merah bermula apabila Bu Merah telah menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol iaitu Sofia.

Takdir menentukannya, rupanya Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya. Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu Cerana Biduk.

Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia itulah telah menyedarkan Bu Merah.

Cerana Biduk pelru dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dan mewarisi Cerana Bidu yang mencari penyambungnnya.

Berjayakah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk pada akhirnya nanti? Saksikan Cerana Biduk Bu Merah di pawagam berhampiran anda.

Filem Cerana Biduk Bu Merah

Post a Comment

0 Comments