Telefilem Ghahim Takut Nak Azan Di TV3

Telefilem Ghahim Takut Nak Azan Di TV3

Saksikan telefilem Ghahim Takut Azan yang akan menemui penonton semula pada 10 Mac 2024, hari Ahad, pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan produksi AB Roll Sdn. Bhd., diarahkan oleh Al Jafree Md Yusop yang mana idea asal daripada Zuli Ismail bersama Ctna Marzuki.

Tayangan Asal : 2017
Tarikh : 10 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Produksi : AB Roll Sdn. Bhd.

Telefilem Ghahim Takut Nak Azan Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Armand Ezal, Aqasha, Nadiah Aqilah, Alyssa Dezek, Nora Lunia, Syazwan Aizzeem, Adam Darwisy, Kazar Saisi dan ramai lagi.

  • Armand Rezal sebagai Ghahim
  • Aqasha sebagai Ghazali
  • Nadiah Aqilah sebagai Ghamilah
  • Alyssa Dezeki sebagai Sharifah Rosmila
  • Nora Lunia sebagai Rozita
  • Kazar sebagai Ustaz

Sinopsis Telefilem Ghahim Takut Nak Azan

Telefilem Ghahim Takut Nak Azan mengisahkan tentang Rahim/Ghahim mempunyai masalah sebutan huruf ‘r’. Oleh itu dia sering menjadi bahan ketawa rakan-rakanya di sekolah.

Setiap kali tiba ujian untuk mengalunkan azan, Ghahim akan melarikan diri kerana gementar dan malu ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pelbagai cara dan teknik telah dilakukan untuk memperbaiki sebutannya namun tetap tidak berjaya

Post a Comment

0 Comments