Telefilem Roda Ceketeng Di TV2 (Drama On 2)

Telefilem Roda Ceketeng Di TV2 (Drama On 2)

Saksikan telefilem Roda Ceketeng yang menampilkan pelakon seperti Sari Yanti, Talha Harith dan Kazar Saisi yang akan bersiaran pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat jam 3.00 petang di slot Drama On 2 TV2 dan RTM Klik.

Telefilem ini asalnya ditayangkan pada tahun 2017 dan kini disiarkan kembali untuk tontonan ramai. Ianya merupakan sebuah karya Mejar Zainal Hayat dengan nukilan skrip daripada Kazar dan diterbitkan oleh Trek Hasrat Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2017
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 13 Oktober 2023 (Jumaat)
Waktu : 3.00 Petang
Pengarah : Mejar Zainal Hayat
Penulis Skrip : Kazar
Produksi : Trek Hasrat Sdn. Bhd.

Telefilem Roda Ceketeng Di TV2

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintingai telefilem ini ialah Sari Yanti, Talha Harith, Kazar Saisi, Adam Shahz, Amir Raja Lawak, Feiyna Tajudin dan ramai lagi.

  • Talha Harith sebagai Norman
  • Sari Yanti sebagai Sarah
  • Kazar Saisi sebagai Pak Jamil

Sinopsis Telefilem Roda Ceketeng

Telefilem Roda Ceketeng mengisahkan tentang niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentangan ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah.

Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang.

Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor. Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya.

Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya.

Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman.

Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut.

Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman.

Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya.

Telefilem Roda Ceketeng Di TV2

Post a Comment

0 Comments