Tonton Drama Luruhnya Bunga Cinta Di TV3 (Slot Akasia) Dan Online iQIYI

Tonton Drama Luruhnya Bunga Cinta Di TV3 (Slot Akasia) Dan Online iQIYI

Mulai 19 September 2023, penonton kini boleh saksikan drama terbaru Luruhnya Bunga Cinta yang akan bersiaran bagi menggantikan drama sebelumnya iaitu Rajuk Karina.

Drama 40 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga tonton secara streaming online dalam waktu yang sama di Tonton.

Bagi yang terlepas untuk menonton di TV, anda boleh saksikan secara On Demand menerusi platform penstriman iQIYI yang akan bersiaran selepas selesai tayangan di tv untuk pengguna VIP dan percuma selepas 48 jam berikutnya.

Luruhnya Bunga Cinta yang merupakan adaptasi drama popular Korea 'Autumn In My Heart' ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Muhammad Riza Baharudin.

Luruhnya Bunga Cinta

Episod : 40
Tayangan : Slot Askai TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 19 September 2023 (Isnin - Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Hafiz Halim dan Intan Zarina
Pengarah : Muhammad Riza Baharudin
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Luruhnya Bunga Cinta Di TV3

OST Drama

Tajuk Lagu : Belakang Tabir
Penyanyi : Syamel
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Luruhnya Bunga Cinta seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Bella Luna, Aniq Durar, Nabila Razali, Auni Yusri, Iman Suhana, Shah Rezza, Laila Nasir, Dato' Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Watie Sadali, Raja Azmi dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha
  • Aniq Durar sebagai Awal
  • Nabila Razali sebagai Sara
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Bella Luna sebagai Aleen

Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta

Drama Luruhnya Bunga Cinta bermula dengan kisah kanak-kanak antara dua beradik bernama Nuh dan Nuha. Nuha adalah seorang pelajar perempuan yang disenangi rakan-rakannya. Namun, perkara ini menjadi punca cemburu buat musuhnya, Aara.

Aara adalah seorang yang bijak. Namun, aura Nuha telah menyebabkan dia tidak mendapat perhatian daripada guru dan rakan-rakan sekelasnya.

Namun, tatkala Nuha memerlukan rawatan perubatan, sebuah rahsia terbongkat. Nuha sebenarnya bukanlah anak kandung kepada keluarga Nuh.

Sebaliknya, dia adalah anak kandung kepada keluarga Aara dan Aara adalah anak kandung kepada keluarga Nuh. Hal pertukaran bayi yang berlaku pada masa lalu itu juga telah diketahui oleh Aara.

Kedua-dua gadis ini telah pulang semula kepada keluarga kandung masing-masing. Kejadian ini telah mencetuskan perubahan situasi di sekolah.

Aara mula mendapat perhatian yang diidamkannya di sekolah. Nuha pula telah menjadi pelajar yang dibenci. Konflik antara mereka berdua terus berpanjangan walau sedekad kemudian. Apakah mereka akan kekal bersengketa?

Drama Luruhnya Bunga Cinta Di TV3

Post a Comment

0 Comments