Drama Hello Saya Anak Uncle Di TV3

Drama Hello Saya Anak Uncle Di TV3

Sempena kedatangan Ramadan, TV3 bawakan sebuah mini siri drama Helo Saya Anak Uncle yang akan mula bersiaran pada 17 Mac 2024, setiap hari Ahad menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama pendek 4 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

{tocify} $title={Table of Contents}

Episod : 4
Tayangan : Mulai 17 Mac 2024 (Setiap Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Creative Skill Solution Sdn. Bhd.

Drama Hello Saya Anak Uncle Di TV3

Barisan Pelakon

Berikut antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam Drama ini seperti Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda, Aprena Manrose, Raden Zaharatul, Umar Al Amsyar, Kuna Muzani, Hafidzuddin Fazil dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Dr. Suhael
  • Aprena Manrose sebagai Sarah
  • Raden Zaharatul sebagai Mira
  • Zara Zya sebagai Cikgu Wawa
  • Rania Amanda sebagai Ciara

Sinopsis Drama Hello Saya Anak Uncle

Drama Helo Saya Anak Uncle mengisahkan tentang Dr. Suhael iaitu seorang doktor pakar kanak-kanak yang saban hari dikelilingi oleh pesakit kanak-kanak. Kehadiran seorang anak kecil bernama Ciara yang tiba-tiba mengaku sebagai anaknya telah mengucar-ngacirkan hidupnya.

Ayahnya bersekongkol dengan bekas isterinya untuk membiarkan Ciara dijaga oleh Suhael kerana Sarah mengikut suaminya ke luar negara dan terpaksa meninggalkan Ciara disebabkan Ciara akan mula persekolahan darjah 1.

Dia merasakan dunianya gelap, hidup yang dulunya bebas dan tidak terikat dengan komitmen kini telah dibebani dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah! Kehadiran Ciara telah menggugat posisi Mira sebagai teman wanita Dr Suhael.

Setiap hari, pelbagai cara yang Mira lakukan di depan Ciara untuk memastikan bahawa Ciara sedar akan posisinya di hati Dr Suhael. 

Namun kemunculan Cikgu Wawa yang merupakan guru sekolah Ciara juga menjadikan Mira semakin membara. Berjayakah Mira menyisihkan posisi Ciara sebagai anak? Adakah kehadiran Ciara hanyalah satu bebanan?

Post a Comment

0 Comments