Drama Rajuk Karina Lakonan Siti Haries Dan Yusuh Bahrin Di TV3

Drama Rajuk Karina Lakonan Siti Haries Dan Yusuh Bahrin Di TV3

Menyusuli Tentang Hati Dia, Rajuk Karina akan mengisi slot Akasia bermula 10 ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan di platform penstriman www.tonton.com.my

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel 'Rajuk Karina; karya Sufea Hareez merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan penulisan skrip daripada Rozie Rashid dan Moonrahdin.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Siti iti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman, Puteri Aishah, Eryna Nur Syifaa, Anne Abdullah. Shweta Sekhon, Zainol Ismail, Sera Melissa, Fara Nadiah, Rahim Omar, Ainina Ahmad, Zarina Zainuddin, Haidar Hasanudin dan ramai lagi.

Info Drama

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2923 (Isnin - Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid dan Moonrahdin
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Drama Rajuk Karina Di TV3

Sinopsis Drama Rajuk Karina

Drama Rajuk Karina mengisahkan tentang perjuangan Karina (Siti Hariesa) dalam mengharungi kehidupan akibat perkahwinanya yang amat menguji kesabaran.

Cadangan Opah untuk menyatukan Mizan dan Karina di jinjang pelamin tidak kesampaian. Mizan (Yusuf Bahrin) tidak mahukan Karina dan enggan mengahwininya. Disebabkan itu, Karina berasa kecil hati.

Rasa kecil hatinya itu telah mendorongnya untuk berkahwin dengan Saiful (Nazim Othman) secara tergesa-gesa. Disebabkan itu, dia tidak bernasib baik apabila kehidupannya merana sejak bergelar isteri kepada Saiful.

Dalam dalam rumah tangganya, Karina diperlakukan perkara yang tidak baik oleh ibu mertuanya sendiri, Asmah (Anne Abdullah). Bukan itu sahaja, suaminya pula bermain kayu tiga dengan seorang wanita, Anum (Puteri Aishah).

Tidak lama kemudian, akhirnya Saiful telah menceraikan Karina meskipun dia sedang sarat mengandung.

Takdir telah menemukan Karina dengan Mizan di sebuah universiti swasta yang sepertinya memberikan harapan baru untuk Karina untuk mengecapai kebahagiaan.

Namun, kehidupannya masih tidak aman berikutan ugutan daripada bekas suaminya, Saiful yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Batrisyia.

Akhirnya, Karina dan Mizan disatukan dan mereka hidup dalam suasana yang bahagia. Tetapi Asmah dan Anom berasa tidak puas hati melihat Karina gembira.

Disebabkan itu, mereka telah merancang strategi jahat untuk memusnahkan dan menjatuhkan rumah tangga ini. Mampukah Karina bangkit melawan?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Rajuk Karina bermula 10 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan penstriman online Tonton.

Drama Rajuk Karina Di TV3

Post a Comment

0 Comments