Astro Original Bawakan Drama Riot! Di Astro Premier Mulai 22 September

Astro Original Bawakan Drama Riot! Di Astro Premier Mulai 22 September

Kalau Astro ada keluarkan drama siri original mereka pastinya ramai yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikannya dan terbaru adalah menerusi drama Riot! Rebel With A Cause.

Drama siri yang membawakan isu 'gangguan seksual' ini bersiaran mulai 22 September 2023, setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam menerusi Astro Premier (saluran 410) atau menerusi platform On Demand pada 12.00 tengah malam pada hari yang sama.

Riot! merupakan sebuah drama terbitan Astro Shawa, diarahkan oleh Shamyl Othman dengan penulisan skrip bersama oleh Rafidah Abdullah dan Khairi Anwar.

Riot! Rebel With A Cause

Episod : 10
Tayangan : Astro Original di Astro Premier 410
Tarikh : Mulai 22 September 2023 (Setiap Jumaat)
Waktu : 9.00 Malam
Skrip : Rafidah Abdullah dan Khairi Anwar
Pengarah : Shamyl Othman
Produksi : Astro Shaw

Drama Riot! Di Astro Premier

Barisan Pelakon & Watak

Drama Riot menampilkan barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki, Tami Anadan, Aniq Durar, Rashidi Ishak, Amanda Ang, Uyaina Arshad, Rahim Omar, Megar Adli dan ramai lagi.

Dalam drama ini juga terdapat penampilan khas daripada Che Puan Sarimah Ibrahim, YB Altimet, Suki Low dan Awal Ashaari.

  • Nelissa Nizam sebagai Sal
  • Mia Sara Shauki sebagai Feeqi
  • Tami Anadan sebagai Kristy
  • Aniq Durar sebagai Wid
  • Rashidi Ishak sebagai Prof. Hamzah
  • Amanda Ang sebagai Suzy
  • Uyaina Arshad sebagai Sarah
  • Rahhim Omar sebagai Saiful Amri
  • Megat Adli sebagai Azhar

Sinopsis Drama Riot

Drama Riot! Rebel With A Cause membawakan tentang pemberontakan sekumpulan anak muda melalui muzik dan lagu.

Ianya mengisahkan tentang sebuah band yang diberi nama 'Langkah Mayat' yang membawa lagu dan muzik dengan tema protes untuk mengetengahkan isu sosial yang berlaku di kampus mereka.

Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual.

Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berdepan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar.

Menerusi penceritaan yang penuh dengan perasaan dan dramatik, isu-isu taboo seperti gangguan seksual serta tindakan berbentuk silencing victims dikupas secara mendalam terutamanya impak atau kesan terhadap mangsa.

Drama Riot! Di Astro Premier

Post a Comment

0 Comments