Drama Tentang Hati Dia Lakonan Aliff Aziza Dan Trisha Ooi Di TV3

Drama Tentang Hati Dia Lakonan Aliff Aziza Dan Trisha Ooi Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Tentang Hati Dia mulai 3 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 28 episod yang bakal menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta yang telah tamat pada 30 Jun yang lalu ini turut akan disiarkan menerusi platform penstriman online di www.iq.com atau aplikasi iQIYI.

Naskah yang diinspirasikan daripada novel 'Kapcai Girl vs Encik Superbike' ini merupakan terbitan syarikat Mache AllStar United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan penulisan skrip daripada Farhana Fauri.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3 & IQIYI
Tarikh : Mulai 3 Julai 2023 (Isnin - Jumaat)
Waktu : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Drama Tentang Hati Dia di TV3 dan iQIYI

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Tentang Hati Dia seperti Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Fazlina Dato Ahmad Daud, Muaz Zabir, Datin Nor Aliah Lee, Nurin Afiqah, Saidah Afiqah dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Aliff Aziz sebagai Wafi
  • Trisha Ooi sebagai Tiara
  • Nafiz Muaz sebagai Khalid
  • Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Fatimah
  • Muaz Zabir sebagai Hisyam
  • Datin Nor Aliah Lee sebagai Sharifah
  • Nurin Afiqah sebagai Darina
  • Laura Olivia sebagai Cica
  • Ayu Fazlina sebagai Mak Tun
  • Saidah Kamarudin sebagai Shida

Sinopsis Drama Tentang Hati Dia

Drama Tentang Hati Dia mengisahkan tentang Tiara iaitu seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda.

Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid.

Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina.

Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu.

Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Drama Tentang Hati Dia di TV3 dan iQIYI

Drama Tentang Hati Dia di TV3 dan iQIYI

Post a Comment

0 Comments