Drama Obsesi Dia Lakonan Sophia Albarakbah Dan Zahiril Adzim Di TV3

Drama Obsesi Dia Lakonan Sophia Albarakbah Dan Zahiril Adzim Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Obsesi Dia mulai 5 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama terbaru 15 episod yang diinspirasikan daripada novel 'The Witness' karya Suhailah Selamat ini merupakan terbitan syarikat Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan penulisan skrip daripada Rozie Rashid dan PGRs Team.

Episod : 15
Tayangan : Slot Samarinda di TV3
Tarikh : Mulai 5 Julai 2023 (Isnin - Khamsi)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid & PGRs Team
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Saphie Screen Sdn. Bhd.

Drama Obsesi Dia di TV3

OST Drama

Tajuk Lagu : Di Hujung Mimpi
Penyanyi : Black Hanifah
Komposer : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Lirik : Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Obsesi Dia seperti Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi, Jay Iswazir, Faha Azhar, Alif Hadi, Natasya Mahyan, Kak Girl dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sophia AlBarakbah sebagai Aafiyah/Aaliyah
  • Zaki Azeman sebagai Zacky
  • Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhail
  • Ashraf Muslim sebagai Rizq
  • Fify Azmi sebagai Adelia Sofei
  • Jay Iswazir sebagai Doktor Zahin
  • Alif Hadi sebagai Rafeed Adam

Sinopsis Drama Obsesi Dia

Drama Obsesi Dia bermula dengan tragedi pembunuhan yang kejam dan ianya disaksikan oleh Affiyah ketika menyambut ulang tahun ke-18. Takut menjadi mangsa seterusnya, Affiyah yang diugut oleh pembunuh berjaket hud telah berjanji untuk merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.

Affiyah yang ketakutan telah didesak oleh ibunya untuk menceritakan tentang peristiwa yang disaksikannya. Akhirnya, Affiyah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad untuk membuat laporan polis.

Hal ini sampai ke pengetahuan pembunuh berjaket hud itu dan telah menaikkan api kemarahannya dan bertindak untuk membunuh ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuh berjaket hud itu.

Namun, rahsia mula terbongkar satu persatu oleh orang sekeliling Affiyah yang mahu mencari kebenaran di sebalik misteri pembunuhan bersiri itu.

Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?

Drama Obsesi Dia di TV3

Drama Obsesi Dia di TV3

Post a Comment

0 Comments