Anwar The Untold Story Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Anwar The Untold Story Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Berita baik kepada semua pelanggan Astro apabila anda kini boleh tonton filem Anwar The Untold Story di Astro First bermula 2 Julai 2023 hingga ke seterusnya. Anda boleh sewa dengan harga RM15 di saluran 480 dan tonton secara berterusan selama 48 jam.

Filem biopik yang mengisahkan tentang kehidupan Perdana Menteri Ke-10 Malaysia iaitu Anwar Ibrahim ini pada awalnya telahpun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 Mei yang lalu. Kini anda boleh saksikan di kaca tv pula menerusi Astro First.

Naskah terbitan Bianglalal Entertainment dari Indonesia ini merupakana arahan Viva Westi dengan nukilan skrip daripada beliau sendiri.

Anwar The Untold Story menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil yang memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Acha Septriasa sebagai Dr. Wan Azizah, Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad, Saskia Chadwick sebagai Nurl Izzah dan ramai lagi.

Anwar The Untold Story kini di Astro First

Ianya merupakan sebuah kisah tentang perjuangan dan jauh bangun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutamanya melawan rasuah.

Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu.

Juga bagaimana beliau enggan menggunakan wang rakyat untuk mombailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.

Ini kerana ketika itu, banyak syarikat di Malaysia yang terkesan dengan situasi Krisis Ekonomi Asia 1997. Demi melindungi Malaysia, tindakan tegas dan sama adil perlu dilaksanakan.

Kerana itu dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal di dalam lokap gelap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Dari seorang menteri kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya meringkuk di dalam penjara.

Jadi untuk saksikan kesudahan filem Anwar The Untold Story ini, jangan lupa untuk langgan sewa di Astro First saluran 480 atau boleh juga menggunakan Astro Go.

Anwar The Untold Story kini di Astro First

Post a Comment

0 Comments