Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3 - Sinopsis Drama

Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3 - Sinopsis Drama

Jangan lupa saksikan drama Bukan Hanya Sekadar Cinta mulai 24 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Drama yang bakal menggantikan Kerasnya Takdir yang telah tamat pada 23 Mei yang lalu ini juga turut akan disiarkan menerusi platform www.iq.com dan aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma selepas 48 jam kemudian.

Naskah 28 episod yang merupakan adaptasi novel 'Bukan Hanya Sekadar Cinta' karya Emma Mariam ini merupakan terbitan syarikat A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan penulisan skrip daripada Rehal Nuharis.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 24 Mei 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

OST Drama

Lagu : Dia Penggantimu
Penyanyi : Nadeera Zaini
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Dato A. Aida

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
  • Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
  • Muaz Zabir sebagai Ilan Rafzal
  • Daniella Sya sebagai Anne
  • Syamim Farid sebagai Lisa
  • Liza Abdullah sebagai Dahlia
  • Afifah Nasir sebagai Fatimah

Sinopsis Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta bermula dengan kisah pengakhiran ikatan pertunangan antara Ila Rafzal dan Indah Kamalia dengan tanpa sebarang penjelasan yang jelas dibuat kepada Kamelia.

Disebabkan itu, dia kecewa dan marah dengan keputusan yang dibuat oleh Ilan Rafzal itu, Kamelia tekad membawa diri ke Terengganu dan ingin berjauhan daripada segalanya.

Ketika di Terengganu, dia bertemu dengan Isa Rafael iaitu seorang lelaki yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga. Namun, lelaki yang disangkakan bisu dan pekak itu berlalu pergi dengan penuh misteri. 

Pertemuan itu kemudian membuka lebih banyak peluang mereka meluangkan masa bersama. Isa Rafael hadir menjadi pendengar setia setiap luahan perasaan Kamelia hanya melalui buku nota yang menjadi perantara mereka.

Kehadiran Isa Rafael ketika dia kecewa itu juga membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang istimewa.

Suatu hari, Kamelia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dan terpaksa bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur, di mana sebuah rahsia menantinya.

Kamelia terus pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal atau meninggalkan sebarang nota untuk Isa Rafael.

Apakah rahsia yang menanti Kamelia di Kuala Lumpur? Dapatkah Kamelia dan Isa Rafael bertemu kembali selepas perpisahan yang tidak diduga itu?

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Post a Comment

0 Comments