Presiden Kampung Morten Di Tonton - Sinopsis Drama

Presiden Kampung Morten Di Tonton - Sinopsis Drama

Drama Presiden Kampung Morten di Tonton

Jangan lupa saksikan drama original Presiden Kampung Morten mulai 17 April 2023 yang akan disiarkan setiap hari secara eksklusif menerusi platform web watch.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang mana anda boleh tonton secara percuma.

Drama komedi 10 episod ini merupakan terbitan syarikat Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan penulisan skrip daripada Farhana Fauri.

Episod : 10
Tayangan : Tonton Original di Tonton
Tarikh : Mulai 17 April 2023 (Setiap hari)
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Presiden Kampung Morten seperti Didie Alias, Ozlynn Waty, Bell Ngasri, Jaafar Onn, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Seha Monica, Ucop Cucupak, Norman Hakim, Chacha Maembong dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Didie Alias sebagai Kiambang
  • Ozlynn Waty sebagai Manisah
  • Bell Ngasri sebagai Man Tapau
  • Jaafar Onn sebagai Tok Ketua
  • Ieda Moin sebagai Kiah Tumus
  • Alif Muhaimin sebagai Hassan
  • Sheila Mambo sebagai Che Embun
  • Seha Monica sebagai Mak Tun
  • Ucop Cucupak sebagai Pak Sood
  • Norman Hakim sebagai Mudim Sado
  • Chacha Maembong sebagai Gadis Cantik

Sinopsis Drama Presiden Kampung Morten

Drama Presiden Kampung Morten mengisahkan dua wanita iaitu Kiambang dan Manisah yang sekampung mula bermusuh gara-gara merebutkan jawatan sebagai Presiden Kampung Morten. Pemilihan calon perlu dibuat dalam masa sebulan iaitu selepas bulan Ramadan. 

Kiambang dan Manisah perlu berkempen sepanjang Ramadan bagi memancing undi AJK dan juga penduduk kampung sendiri. Dalam aktiviti bulan Ramadan, Kiambang dan Manisah perlu menyenaraikan program mereka untuk menyemarakkan Ramadan di kampung mereka.

Mereka perlu bersaing dalam setiap aktiviti yang telah disenaraikan dan orang kampung akan membuat undian program siapa yang berjaya. Di antara Kiambang dan Manisah, siapa bakal bergelar Presiden Kampung Morten?

Drama Presiden Kampung Morten di Tonton

Drama Presiden Kampung Morten di Tonton

Post a Comment

0 Comments