Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Telah Aku Halalkan pada 17 April 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem yang dibawakan sempena bulan Ramadan ini merupakan terbitan syarikat Infusion Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hazali Ramli dengan idea asal daripada Liza Khairudin serta penulisan skrip oleh Shah Rizal Mashur.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 17 April 2023 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Hazali Ramli
Produksi : Infusion Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Telah Aku Halalkan seperti Ainina Ahmad B, Jay Iswazir, Wan Sharmila, Ewan Fauzi, Puteri Balqis, Aman Aziz, Umar Shakur, Cik Feeya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ainina Ahmad B sebagai Mak Munah
  • Jay Iswazir sebagai Kadir
  • Wan Sharmila sebagai Maziah
  • Puteri Balqis sebagai Mariam
  • Ewan Fauzi sebagai Kamal
  • Umar Shakur sebagai Ali

Sinopsis Telefilem Telah Aku Halalkan

Telefilem Telah Halalkan mengisahkan tentang Mak Munah iaitu seorang ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak iaitu Kadir, Maziah, Mariam dan Kamal

Anak-anaknya semuanya telah dewasa tetapi semuanya masih mengharapkan kudrat tuanya untuk memberi khidmat kepada anak-anaknya dengan pelbagai alasan.

Mak Munah berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam hidupnya dan berasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh anak-anak terhadap dirinya.

Kesudahannya dia memutuskan untuk menyerahkan keseluruhan hartanya kepada pihak Baitulmal setelah kematiannya. Namun masih adakah peluang bagi mereka menuntut keampunan daripada ibu tersayang?

Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Telefilem Telah Aku Halalkan Di TV2

Post a Comment

0 Comments