Telefilem Debunk Beraya Di Astro Warna

Telefilem Debunk Beraya Di Astro Warna

Telefilem Debunk Beraya Di Astro Warna

Jangan lupa saksikan telefilem Debunk Raya pada 21 April 2023, bersiaran pada 21 April 2023, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Picture Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reen Emran yang juga sebagai penulis skrip bersama Neek

Tayangan : Astro Warna 107
Tarikh : 21 April 2023 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Shahril Sarjen
Penulis Skrip : Reen Emran & Neek
Pengarah : Reen Emran
Produksi : KL Motion Picture Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Debunk Raya seperti Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raja Lawak Junior, Shahril Sarjen, Seha Monica, Shahrel Sarjan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Wan Chai sebagai Sofi
  • Sharifah Sakinah sebagai Edna
  • Haidar Hasanudin sebagai Mizan
  • Danish Raja Lawak Junior sebagai Aiman
  • Seha Monica sebagai Cik Yah
  • Shahrel Sarjen sebagai Pak Akob

Sinopsis Telefilem Debunk Raya

Rancangan perjalanan Sofi dan Mizan untuk pulang ke kampung terencat, apabila peminat-peminat Debunk mencabar Sofi untuk membuktikan hantu syaitan diikat menjelang Ramadan.

Demi membuktikan kebenaran kata-katanya, Mizan mengajak Sofi ke Hospital Mega Utara dan Sofi sememangnya pantang dicabar.

Kedatangan Sofi ke Hospital Mega Utara secara tidak sengaja mengundang Edna yang dah lama kesepian di situ, dan teringin benar merasakan suasana Hari Raya di kampung. Diam-diam Edna akhirnya menumpang Sofi dan Mizan ke kampung.

Hari Raya Sofi berubah menjadi huru hara apabila Edna merancang untuk memeriahkan lagi Hari Raya Sofi sekeluarga.

Telefilem Debunk Beraya Di Astro Warna

Post a Comment

0 Comments