Bintang Di TV3 - Sinopsis Drama

Bintang Di TV3 - Sinopsis Drama

Drama Sinopsis Bintang TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Bintang yang akan bersiaran mulai 6 April 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama yang disiarkan sebanyak 20 episod ini bakal menggantikan Jaga Aku Selamanya. Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan penulisan skrip daripada Haida Mazni Mohammad.

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Tonton
Tarikh : Mulai 6 April 2023 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Bintang seperti Daniel Fong, Ruhainies, Siti Hariesa, Keith Foo, Haidar Hasanudin, Natasha Elyzza, Ain Evon, Nadia Kesuma, Azri Iskandar, Faa Zaini, Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Daniel Fong sebagai Thirak
  • Ruhainies sebagai Iris
  • Siti Hariesa sebagai Rayna
  • Keith Foo sebagai Mustafa
  • Haidar Hasanudin sebagai Dani
  • Natasha Elyzza sebagai Kamelia
  • Ain Evon sebagai Mak Thirak
  • Nadia Kesuma sebagai Rogayah
  • Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud

Sinopsis Drama Bintang

Drama Bintang mengisahkan tentang percintaan yang bermula di zaman persekolahan iaitu antara Iris dan Thirak. Mereka biasanya akan berjumpa apabila habis sesi persekolahan terutamanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Iris merupakan seorang gadis yang periang dan berasal daripada keluarga yang berada. Manakal Thirak ialah seorang budak remaja berketurunan Thailand tetapi mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat, tambahan pula dia bersikap peramah dengan orang ramai.

Hubungan mereka sepertinya tidak disenangi oleh Mustafa yang juga menaruh hati kepada Iris. Disebabkan itu, dia memberitahu tentang hubungan Iris dan Thirak kepada ibu bapanya dan disebabkan itu, hubungan mereka putus ditengah jalan apabila Iris dihantar ke luar negara.

Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke Malaysia kembali setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. Ketika itu, dia cuba mencari kembali Thirak yang telah ditinggalkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Adakah peluang kedua buat Iris dan Thirak. Untuk ketahui kisah lanjut, jangan lupa saksikan drama Bintang yang akan bersiaran di TV3 mulai 6 April ini.

Drama Sinopsis Bintang TV3

Drama Sinopsis Bintang TV3

Post a Comment

0 Comments