Sekali Aku Bahagia Di TV3 - Sinopsis Drama

Sekali Aku Bahagia Di TV3 - Sinopsis Drama

Drama Sinopsis Sekali Aku Bahagia TV3

Jangan lupa saksikan drama Sekali Aku Bahagia yang akan bersiaran mulai 28 Mac 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama yang diilhamkan oleh Mama Bella ini disiarkan sebanyak 15 episod. Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache All Star United Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan penulisan skrip daripada Dr. Mohd Shahremu Ikmal dan Mama Bella.

Episod : 15
Tayangan : Slot Sakura TV3 & Tonton
Tarikh : Mulai 28 Mac 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 6.00 Petang
Idea Asal : Mama Bella
Penulis Skrip : Dr. Mohd Shahremu Ikmal dan Mama Bella
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Sekali Aku Bahagia seperti Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo, Azhan Rani, Meor Mohd, Duerra Mitilda, Qistina Raisah, Danish Iskandar, Danish Hazriq, Nik Ramly Rejab, Ayu Azlina dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
  • Nabila Huda sebagai Aireen
  • Keith Foo sebagai Muaz
  • Azhan Rani sebagai Naufal
  • Moer Mohd sebagai Lan
  • Duerra Mitilda sebagai Delisha
  • Qistina Raisah sebagai Eli
  • Danish Iskandar sebagai Andre
  • Danish Hazriq sebagai Firas

Sinopsis Drama Sekali Aku Bahagia

Drama Sekali Aku Bahagia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Muaz dan Rania. Muaz merupakan seorang pekerja di sebuah pasar yang dimilik oleh Naufal.

Selama mana bekerja di sana, Aireen iaitu adik kepada Naufal telah tertarik dan jatuh hati kepada Muaz tanpa mengetahui yang dia merupakan seorang suami orang. Ini kerana Muaz telah merahsiakan status perkahwinannya demi survival ditempat kerjanya.

Tanpa tidak sedar, Muaz pun menaruh hati kepada Aireen dan akhirnya mereka disatukan dan telah membawa ke jinjang perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama Muaz iaitu Rania.

Pada satu hari, Aireen telah mengetahui dimana Muaz sebenarnya mempunyai isteri yang pertama dimana ketika itu baru sahaja melahirkan seorang bayi yang diberi nama Delisha. Disebabkan itu, Aireen berasa tertekan dan dalam masa yang sama di juga sedang sarat mengandung.

Disebabkan itu juga, kandungan Aireen akhinya gugur akibat tekanan yang terpaksa ditanggung dan dia juga tidak boleh menerima realiti bermadu. Aireen merasakan Muaz adalah untuk dirinya seorang dan bukan orang lain.

Kerana sayangkan adiknya, Naufal dan Aireen sendiri membuat keputusan untuk mengupah orang bagi cubaan untuk tamatkan riwayat Rania dan pisahkan daripada Muaz. Dalam pada itu juga, Rania bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.

Untuk ketahui apakah kesudahannya, jangan lupa saksikan drama Sekali Aku Bahagia yang bersiaran di TV3 mulai 28 Mac ini.

Drama Sinopsis Sekali Aku Bahagia TV3

Drama Sinopsis Sekali Aku Bahagia TV3

Post a Comment

0 Comments