Jaga Aku Selamnya Di TV3 - Sinopsis Drama

Jaga Aku Selamnya Di TV3 - Sinopsis Drama

Drama Jaga Aku Selamanya TV3

Jangan lupa saksikan drama Jaga Aku Selamanya yang akan bersiaran mulai 15 Mac 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Drama ini disiarkan sebanyak 13 episod bagi menggantikan Kami Budak Band. Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi KL Motion Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan bersama daripada Rashidi Ishak, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjen

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Tonton
Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rashidi Ishak, Wan Aluddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjen
Produksi : KL Motion Pictures

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Jaga Aku Selamanya seperti Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq, Putri Iesya, Johan As'ari, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Haeriyanto Hassan, Danish Hazriq, Iman Corinne Adrienne dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nadiya Nisaa sebagai Maya
  • Puteri Rafasya sebagai Mia
  • Baqir Jamalullail sebagai Azhar
  • Dzul Hadziq sebagai Adi
  • Putri Iesya sebagai Yeye
  • Johan As'ari sebagai Syukri
  • Rashidi Ishak sebagai Peguam Yusof

Sinopsis Drama Jaga Aku Selamanya

Drama Jaga Aku Selamanya mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Maya dan Syukri yang mana mereka mempunyai 5 orang anak yang hidup di dalam kemiskinan. Kehilangan Syukri secara tiba-tiba menyebabkan kehidupan Maya anak-beranak menjadi huru-hara.

Maya terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk mencari rezeki di kota dan mengharapkan Mia,12 tahun sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Maya juga telah memberikan kepercayaannya kepada Seri iaitu jirannya agar Seri dapat menghulurkan duit kepada Mia setelah dia mendapat gaji.

Namun begitu, Seri telah menggunakannya untuk tujuan yang lain dan ini menyebabkan Mia dan adik-adiknya hilang punca untuk membeli makanan. Tidak sanggup melihat adik-adiknya kelaparan, Mia telah membuat keputusan untuk bekerja di sawah kebun.

Kekurangan wang untuk membayar sewa rumah juga telah menyebabkan Mia dan adik-adik beradiknya telah dihalau oleh pemilik rumah. Mia terpaksa membawa adik-adiknya dan berteduh di bawah jambatan sehingga dia di bantu oleh Pak Ehsan. Pak Ehsan telah memberi mereka tempat perlindungan sementara di sebuah bengkel.

Untuk ketahui apakah kesudahannya, jangan lupa saksikan drama Jaga Aku Selamanya yang bersiaran di TV3 mulai 15 Mac ini.

Drama Jaga Aku Selamanya TV3

Drama Jaga Aku Selamanya TV3

Post a Comment

0 Comments