Telefilem Suzanne Wo Ai Ni Di TV2

Telefilem Suzanne Wo Ai Ni Di TV2

Telefilem Suzanne Wo Ai Ni Di TV2

Saluran RTM membawakan sebuah telefilem santai yang boleh ditonton bersama keluarga berjudul 'Suzanne Wo Ai Ni' yang bakal ditayangkan menerusi slot Drama On 2 pada hari Isnin ini, 20 Februari 2023, jam 9.00 malam di TV2 dan RTM Klik

Telefilem Suzanne Wo Ai Ini merupakan terbitan syarikat produksi LRL Production Industry Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Rizalwan Ramli merangkap sebagai penulis skrip juga.

Naskah ini mambariskan pelakon seperti Daniella Sya, Aidil Aziz, Fauziah Nawi, Nor Albaniah, Sherwin Sim, Collan Koo, Sophia Albarakbah dan ramai lagi

  • Aidil Aziz sebagai Fariz
  • Daniella Sya sebagai Suzanne
  • Fauziah Nawi seabgai Tok
  • Sherwin Sim sebagai Alex
  • Noralbaniah sebagai Makcu

Suzanne Wo Ai Ini mengisahkan tentang Faris yang telah menyelamatkan Suzanne dalam satu kemalangan. Abang Suzanne, Alex menyangka Faris yang menjadi punca kemalangan tersebut yang telah menyebabkan Apple, kekasihnya terkorban.

Alex cuba membalas dendam terhadap Faris dengan pelbagai cara tanpa dia mengetahui bahawa ayah mereka merupakan sahabat baik.

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Suzanne Wo Ai Ni yang bakal ditayangkan menerusi slot Drama On 2 pada hari Isnin ini, 20 Februari 2023, jam 9.00 malam di saluran TV1

Telefilem Suzanne Wo Ai Ni Di TV2

Telefilem Suzanne Wo Ai Ni Di TV2

Post a Comment

0 Comments