Drama Limbai Cinta 2 Di TV1

Drama Limbai Cinta 2 Di TV1

Drama Limbai Cinta 2 Di TV1

Drama Limbai Cinta 2 akan mengisi slot Widuri bermula 18 Februari 2023, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 malam menerusi saluran TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama bersiri 13 episod yang idea asal daripada Ebi Kornelis ini merupakan terbitan syarikat produksi Empayar Bayu Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ebi Kornelis sendiri dengan penulisan skrip daripada tuan pengarah bersama Zaharuddin Md Desa.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Abdul Kamis Sainali, Syamlie, Tati Eliana Tonny, Raiza Ruhila, Flores Cuthbert, Ebi Kornelis dan ramai lagi

Sinopsis Drama Limbai Cinta 2

Drama Limbai Cinta 2 mengisahkan tentang perpaduan yang ditunjukkan dalam kalangan penduduk berbilang kaum untuk mempertahankan 'Deasoka' daripada ancama lanun dengan berpaksikan pimpinan seorang pemuda Bajau bernama Mastur.

Mastur mempertahankan kampungnya dari dikacau oleh lanun-lanun. Sebelum usahanya berjaya, Mastur telah belajar seni mempertahankan diri dengan Tok Guru Sunan. Orang kampung turut membantu kampung dari dri tawan lanun.

Dalam cerita ini juga, penonton dapat lihat budaya Bajausama dan Dusun disamping tempat-tempat menarik dan indah di Sabah. Dari ceruk paya, laut, sawah menghijau, pantai hinggalah Akinabalu yang tersergam indah.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Limbai Cinta 2 bermula 18 Februari 2023, setiap hari Sabtu dan Ahad, 7.00 malam menerusi slot Seleksi Widuri di TV1.

Drama Limbai Cinta 2 Di TV1

Drama Limbai Cinta 2 Di TV1

Post a Comment

0 Comments