Saksikan Drama Dinasari Di TV2

Saksikan Drama Dinasari Di TV2

Saksikan Drama Dinasari Di TV2

Dinasari akan mengisi slot Drama On 2 bermula 20 Februari 2023, setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam yang akan disiarkan di TV2 dan rtmklik.rtm.gov.my

Drama bersiri 8 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Sixbase Resources Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hasnul Hadi dengan penulisan skrip daripada Haswida Abu Bakar.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Zera Haris, Muaz Fitri, Hanna Aqeela, Azman Jantan, Dilla Ahmad, Syean Mokhtar, Han Budak Cina, Lenny Jemat, Tengku Tieya dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Dinasari

Drama Dinasari mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Tian yang skeptikal tentang sejarah legenda Mahsuri. Disebabkan itu, dia 'dihantar' mindanya dan kembali ke tahun 1700-an dan hidup sebagai Dinasari.

Dinasari adalah seorang gadis Langkawi yang sedang dipersiapkan untuk diserahkan kepada Raja Siam sebagai isteri ke-11. Ikuti pengalaman dan penceritaan penuh yang akan dibawa sepanjang drama Dinasari.

Nak tahu apa kesudahannya, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Dinasari bermula 20 Februari 2023, setiap hari Isnin dan Selasa, 8.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Saksikan Drama Dinasari Di TV2

Saksikan Drama Dinasari Di TV2

Post a Comment

0 Comments