TV9 Bawakan Terhentinya Doa Pada 16 Januari Ini

TV9 Bawakan Terhentinya Doa Pada 16 Januari Ini

Telefilem Terhentinya Doa di TV9

Istimewa buat peminat telefilem melayu tempatan, TV9 bawakan sekali lagi telefilem berjudul Terhentinya Doa yang bakal ditayangkan menerusi slot Skrin Di 9 pada hari Isnin ini, 16 Januari 2023, jam 8.30 malam di saluran Astro (149) dan Myfreeviee (109)

Telefilem 'Terhentinya Doa' terbitan produksi JS Pictures Sdn. Bhd. ini berkisarkan tentang kehidupan seorang nenek sebatang kara yang duduk bersendirian dan akhirnya ditemani oleh cucunya ketika dia sakit.

Telefilem menarik arahan Azman Yahya aka Jinggo ini dibintangi oleh Normah Damanhuri, Saharul Ridzwan, Azri Iskandar, Ozlyn, Sheila Rusly, Raja Hakim, Niena Baharun, Arif Aziz, Hjh Zaiton dan ramai lagi.

Ianya mengisahkan tentang Nek Wan yang berhidup sendirian di kampung yang mana telah disahkan mengidap virus chikugunya ketika menoreh getah. Dalam masa sama, Wafie yang pulang dari luar negara terkejut dengan berita tentang kesihatan Nek Wannya tersebut.

Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wan iaitu Razali dan Rosie bertengkar tentang siapa yang akan menjaganya. Selama berada di kampung, Wafie mendengar macam-macam cerita tentang keluarganya.

Setelah kesihatan Nek Wan kembali pulih, Wafie cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang ke kampung menjenguk Nek Wan dan selesaikan segala permusuhan.

Jangan lupa saksikan telefilem 'Terhentinya Doa' yang bakal ditayangkan menerusi slot Skrin Di 9 pada hari Isnin ini, 16 Januari 2023, jam 8.30 malam di saluran TV9 serta secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem Terhentinya Doa di TV9

Telefilem Terhentinya Doa di TV9

Post a Comment

1 Comments