Review Filem Cinta Subuh. Jaga Waktu Subuh Sebelum Mengejar Cinta

Review Filem Cinta Subuh. Jaga Waktu Subuh Sebelum Mengejar Cinta

Review Filem Cinta Subuh

Filem Cinta Subuh merupakan filem dari Indonesia yang telah mula ditayangkan pada tahun 2022 menerusi platform penstrimsn Disney+ Hotstar.

Tahun : 2022
Platform : Disney+ Hotstar
Genre : Drama, Agama, Romantik, Percintaan
Pengarah : Indra Gunawan
Pelakon : Dinda Hauw, Rey Mbayang, Roger Danuarta, Syakir Daulay, Dhini Aminarti dan ramai lagi

Sinopsis Filem Cinta Subuh

Filem Cinta Subuh mengisahkan tentang Angga yang cuba pelbagai cara untuk memenangi hati si Ratih menjadi isterinya selepas dia tinggalkan oleh bekas kekasihnya ketika waktu di kolej.

Angga bertemu Ratih pertama kali di masjid kampusnya ketika rakannya Ghani mengajaknya untuk solat berjemaah bagi menghilangkan rasa sedih selepas ditinggalkan. Dikala ingin mengambil wuduk, Angga terserempak dengan bakal jodohnya tersebut.

Sejak dari itu, pelbagai cara untuk memikat hati Ratih kerana dia merupakan seorang muslimah yang baik dan tidak mahu bercinta sebelum nikah. Disamping itu juga, anak yatim piatu itu tinggal bersama abangnya yang juga seorang ustaz alim.

Dek kerana Angga seorang lucu dan baik, akhirnya berjaya membuka hati Ratih untuk menerimanya. Tetapi Ratih kecewa dengan Angga kerana lelaki tersebut selalu mengajaknya untuk bercinta dan 'dating'. Padahal perkara tersebut tidak sekali-kali akan dilakukan oleh Ratih dengan lelaki manapun.

Tetapi sekali lagi, Angga meyakinkannya. Ratih boleh dating dengannya tetapi perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan antaranya fokus belajar, tidak bersentuhan dan beberapa lagi. Tetapi yang paling penting adalah solat 5 waktu termasuk Subuh.

Review Filem Cinta Subuh

Review Filem Cinta Subuh

Filem ini sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama iaitu Cinta Subuh karya Muhammad Ali Ghifari dan ianya sesuai ditonton bersama keluarga terutamanya untuk mereka yang sedang mencari jodoh.

Filemnya tidak terlalu berat macam Ayat-Ayat Cinta atau Syurga Yang Tak Dirindukan. Rasanya macam takda pun pengguna ayat-ayat quran yang digunakan untuk memenagi hati wanita. Mungkin kerana ianya berkisarkan tentang golongan remaja kan.

Filemnya tentang Cinta Subuh yang mana admin jangkakan banyak tentang solat subuh atau bercinta ketika waktu pagi. Tetapi tentang subuhnya hanya ketika hujung-hujung sahaja. Tambahan pula, babak solat subuh untuk memenangi hati si wanita juga lebih ditonjolkan oleh Dodi sahaja dan bukan pada Angga.

Review Filem Cinta Subuh

Jalan cerita yang ditonjolkan sangat tipikal kepada jalan cerita romantik Indonesia la. Mula-mula tak suka dan akhirnya jatuh hati. Tetapi pada hujung-hujung diketahui oleh keluarga dan tidak berminat kepada calon lelaki yang tidak soleh. Yang paling penting, akan ada lelaki lain yang tersakiti dan terpaksa melepaskan cintanya kepada orang lain.

Tapi bagi admin paling best filem ini adalah pada warna dan cinematografi yang digunakan. Sangat sejuk dan mendamaikan. Filem Indonesia memang menang pada bahagian menghasilkan kualiti gambar yang indah untuk disaksikan. Kena dengan tema percintaan remaja tersebut. Cantik gila

Sesuai kalau anda nak tonton secara santai. Tidak terlalu berat. Tak perlu fikir mendalam pun kenapa dan apa sebab ianya berlaku dan sebagainya. Just nice!


Rating HB filem Cinta Subuh : 7/10 ⭐

Post a Comment

0 Comments