Saksikan Cenduai Ahad Ini Di Awesome TV

Saksikan Cenduai Ahad Ini Di Awesome TV

Saksikan Cenduai Ahad Ini Di Awesome TV

Hujung minggu ini, anda akan disajikan sebuah telefilem seram baru berjudul Cenduai yang akan menemui penonton menerusi slot Ohsem Tele pada hari Ahad, 15 Januari 2023, jam 9.00 malam di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Telefilem menarik terbitan Million Works Media Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Syazwan Zulkfifly, Wafariena, Jaja Iliyes, Fathil Dani, Nur Azifah, Aizad Rosli serta ramai lagi.

'Cenduai' arahan Dato' Jurey Latiff berkisarkan tentang Chalit lakonan Syazwan Zulkifly yang dilahirkan dengan fizikal serta wajah cacat. Kecacatan yang dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. Bidan Esah (Nur Azifah) yang menyambut kelahiran Chalit juga telah diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut.

Kelahiran Chalit juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga ibu bapanya. Malah, Chalit juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya Chalit dilahirkan bersama Qarin jahat namun telah diselamatkan oleh ibunya. Bapanya kemudian menghilangkan diri.

Chalit dikurung di ruang sempit bawah rumah sepanjang tumbesaran sehingga umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungan.

Setelah meningkat dewasa, Chalit telah diserahkan kepada Wak Kandar (Fathil Dani) untuk dipelihara. Sejak itu, Chalit juga mula membantu Wak Kandar menggali kubur.

Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti.

Semenjak menggunakan minyak tersebut, wajah Chalit bertukar menjadi kacak dan kini lebih dikenali sebagai Raimi. Demi mengekalkan ketampanan wajahnya, Raimi menjadi obses dalam memburu gadis sunti untuk mendapatkan minyak dagu.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Cenduai yang bakal ditayangkan pada hari Ahad ini, 15 Januari 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Saksikan Cenduai Ahad Ini Di Awesome TV

Saksikan Cenduai Ahad Ini Di Awesome TV

Post a Comment

0 Comments