Drama Akira Khan Ditayangkan Mulai 18 Januari Di Astro Ria

Drama Akira Khan Ditayangkan Mulai 18 Januari Di Astro Ria

Drama Akira Khan di Astro Ria

Menyusuli Cina Buta, drama Akira Khan pula akan mengisi slot Megadrama bermula 18 Januari 2023, setiap hari Isin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Drama bersiri 28 episod yang diinspirasikan dari novel 'Akira Khan' karya Ammara Ayyash ini merupakan terbitan SR One Sdn. Bhd., diarahkan ole Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Haida Mazni Mohammad.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Irfan Zaini, Julia Farhana, Razman Mahyuddin, Dilla Ahmad, Esma Daniel, Maria Farida, Idzham Ismail, Safura Yaakub dan ramai lagi.

'Akira Khan' mengisahkan tentang seorang gadis berdarah Pakistan-Melayu bernama Akira yang telah bertemu dan jatuh cinta kepada seorang jejaka Melayu bernama Radin. Walaubagaimanapun, hubungan mereka dihalang kerana perbezaan bangsa dan keturunan sehingga terpaksa berkahwin secara rahsia. Namun mereka terpaksa berpisah atas sebab keluarga.

Raden telah ditimpa kemalangan di Malaysia dan telah menyebabkan dia hilang ingatan. Akira yang menanti suaminya di Hunza, Pakistan dan tidak dapat menghubungi Raden. Mereka berdua terpaksa melalui kesukaran bersendirian.

Beberapa tahun kemudian, mereka berjumpa kembali tapi malangnya Raden tidak mengenali Akira. Pelbagai dugaan terpaksa mereka lalui, juga ada yang cuba untuk memisahkan mereka berdua.

Dengan kesabaran Akira akhirnya ingatan Raden pulih kembali. Tetapi adakah mereka akan tetap bersama? Dan bolehkah mereka bersatu demi cinta mereka?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan Akira Khan bermula 18 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama Akira Khan di Astro Ria

Drama Akira Khan di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments