Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Saksikan drama terbaru Cina Buta yang akan bersiaran menggantikan Tiada Maaf Buatmu mulai 15 Disember 2022, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan Astro Go.

Episod : 18
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 15 Disember 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

🎥 Tonton episod seterusnya - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Didie Alias, Azhan Rani, Shamsul Ghau Ghau, Aman Aziz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nad Zainal sebagai Mia Sara
  • Ungku Ismail sebagai Sharnaz
  • Aliff Aziz sebagai Aliff
  • Puteri Aishah sebagai Habibah
  • Norreen Iman sebagai Norreen
  • Anas Ridzuan sebagai Ajis
  • Didie Alias sebagai Datin Sri
  • Azhan Rani sebagai Tan Sri
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik
  • Aman Aziz sebagai Umar

OST Drama

Lagu Tema : Paripurna
Penyanyi : Amylea
Komposer : Amylea
Lirik : Amylea

Sinopsis Drama Cina Buta

Drama Cina Buta mengisahkan tentang Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun.

Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama.

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali.

Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah Aliff sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz selepas bibik-bibik cinta mula mukar antara mereka?

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Drama Cina Buta (Astro Ria)

Post a Comment

0 Comments