Orang Ramai Kini Boleh Tonton Filem Mentega Terbang DI Viu Mulai 19 Januari Ini

Orang Ramai Kini Boleh Tonton Filem Mentega Terbang DI Viu Mulai 19 Januari Ini

filem mentega terbang di viu

Sepertinya filem Mentega Terbang ini merupakan filem indie tempatan pertama yang ditayangkan di platform penstriman Viu (first on viu) dimana anda boleh tonton mulai 19 Januari 2023 hingga seterusnya secara percuma.

Pada awal penerbitan, filem ini tidak lepas tapisan FINAS untuk tayangan, jadi pihak produksi antara Anomalist Production bersama Meng Kheng Entertainment membuat keputusan untuk buat siri tayangan eksklusif secara sendiri.

Ini mungkin kerana filem arahan Khairi Anwar ini banyak mengisahkan tentang sensitiviti rakyat Malaysia berkaitan agama yang banyak diketengahkan sepanjang filem ini. Jadi sepertinya tidak sesuai ditayangkan secara terbuka di Malaysia.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Syumaila Salihin, Arjun Thanaraju, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Khairunazwan Rodzy dan Shymala Kandapper dan ramai lagi.

filem mentega terbang di viu

Untuk sinopsis, ianya mengisahkan tentang Aisyah (lakonan Syumaila Salihin) yang diduga dengan ibunya (lakonan Nik Waheeda)  yang sakit akibat kanser dan bila-bila masa sahaja boleh dijemput kematian. Manakala Abahnya (Firdaus Karim) yang liberal dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan.

Aisyah mempunya persoalan yang besar bermain di fikirannya iaitu mengenai kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.

Tetapi pada akhir pengembaraannya, adakah Aisyah dapat jawapan yang dicari?

Jadi jika anda peminat filem dengan genre seperti ini, kini anda boleh saksikan di rumah menerusi platform penstriman Viu mulai 19 Januari 2023 hingga seterusnya. Boleh tonton disini.

filem mentega terbang di viu

Post a Comment

0 Comments