Astro Tawarkan Tontonan Percuma 10 Saluran Terpilih Sempena Kemenangan Anugerah Putra Brand

Astro Tawarkan Tontonan Percuma 10 Saluran Terpilih Sempena Kemenangan Anugerah Putra Brand

Tontonan percuma di 10 saluran terpilih Astro sehingga 31 Januari 2023

Berita baik kepada semua pelanggan dimana Astro menawarkan tontonan percuma bagi 10 saluran terpilih di tv dan Astro Go bermula 15 hingga 31 Januari 2023 sebagai penghargaan kepada sokongan yang diberikan di Anugerah Putra Brand 2022.

Saluran tersebut termasuk tvN HD (CH395): Rancangan hit Korea seperti Missing: The Other Side S2 dan Birdie Boys, BOO HD (CH404): Cerita seram Asia seperti Pengabdi Setan, Hantu Bonceng 2.0 dan Penunggan Agama, SHOWCASE MOVIES (CH413): Filem-filem kegemaran seperti Mission: Impossible-Fallout, The Bourne Legacy dan Baywatch, CNN HD (CH511) dan BBC World News HD (CH512): Berita terkini dari seluruh dunia.

Terdapat juga 4 saluran baru yang diperkenalkan untuk diprebiu iaitu CBeebie (CH620), dimana menawarkan pelbagai pilihan kandungan pra sekolah seperti Bluey S2, Hey Duggee S4, Thomas & Friends, JoJo & Gran Gran S2, DreamWorks (CH622), rangkaian kanak-kanak dan keluarga 24-jam yang membawa wira filem tercinta dalam rancangan mereka sendiri seperti The Boss Baby: Back in Bussiness, The Adventures of Puss in Boots, Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Goes On, Dragons: Races to The Edge dan banyak lagi.

Selain itu ada juga Love Nature (CH558) dan Love Nature 4K (CH549) yang menampilkan kisah-kisah yang menakjubkan tentang keajaiban alam termasuk Africa's Hidden Kingdoms, Shark Squad, Strange Creatures dan New Kids In The Wild. Love Nature 4K tersedia untuk semua pelanggan Asto menerusi Ultrabox.

Ada juga, Global Trekker (CH559), saluran hiburan fakta dengan pelbagai genre yang meliputi budaya, makanan, pengembaraan, dan inovasi terbaru dalam teknologi serta biografi popular masa kini termasuk Tech Billionares: Elon Musk, David Beckham: Infamous, Adele: A New Chapter dan  Queen Elizabeth: A Lifetime Of Service.

Dalam masa sama, semua pelanggan Astro juga boleh nikmati saluran pop-up Too FUN (CH100) bermula 14 Januari hingga 12 Februari 2023 bersempena Tahun Baru Cinta (CNY). Ianya memaparkan pelbagai jenis kandungan drama hiburan seperti From Beijing with Love, I Fine..Thank You..Love You, CZ12 dan banyak lagi.

Selamat menonton!

Post a Comment

1 Comments

  1. lama dah tak guna khidmat astro, tak tahan, makin lama makin mahal

    ReplyDelete