Boleh Mula Strim Special Force Anarchy Bermula 14 Januar Ini di Disney+ Hotstar

Boleh Mula Strim Special Force Anarchy Bermula 14 Januar Ini di Disney+ Hotstar

Drama siri Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar

Akhirnya Disney+ Hotstar telah mengeluarkan siri originals berjudul Special Force Anarchy yang boleh mula di strim secara online pada 14 Januari 2023, bersiaran setiap hari Sabtu dan boleh mula tonton episod baru bermula pada jam 4.00 petang.

Menerusi trailer yang dipaparkan, ianya merupakan sebuah siri jenayah rompakan yang katanya diambil dan diolah daripada filem KL Special Force. Untuk info, kedua-dua karya ini merupakan arahan Syafiq Yusof.

Akan tetapi naskah kali ini dalam bentuk siri yang ditayangkan sebanyak 7 episod dengan menampilkan barisan pelakon yang hebat. Antaranya Puteri Aishah, Dato' M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Elizabeth Tan, Johan As'ari, Fify Azmi, Chaha Maembong dan ramai lagi.

Siri ini lebih menonjolkan seorang polis wanita sebagai ketua operasi dalam penyiasatan sebuah kes rompakan bank Tenggara iaitu sebuah negara fiksyen yang direka khas.

Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil. Pasukan ini ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya.

Penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar.

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil. Adakah keputusannya itu betul atau sebaliknya?

Nak tahu apakah kesudahannya, boleh sama-sama saksikan siri Special Force Anarchy yang ditayangkan di Disney+ Hotstar. Anda boleh langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Drama siri Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar

Drama siri Special Force Anarchy di Disney+ Hotstar

Post a Comment

0 Comments