Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster

Saksikan filem Daddyku Gangster yang akan ditayangkan mulai 1 Disember 2022, hari Khamis di pawagam seluruh Malaysia. Boleh mula dapatkan tiket wayang anda sekarang.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 1 Disember 2022 (Mulai Khamis)
Cerita Asal : Epy Kodiang
Penulis Skrip : Epy Kodiang
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : D'Ayu Pictures Sdn. Bhd.

🎫 Dapatkan Tiket Wayang Murah Disini

Barisan pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Ridzuan Hashim, Zul Huzaimy, Jay Iswazir, Faizal Hussein, Zalif Sidek, Reen Rahim, Alief Irfan, Adeline Tsen, Wan Wala, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Angelica Petra Battle, Arryyan Petra Battle dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ridzuan Hashim sebagai Zaki
  • Zul Huzaimy sebagai Ray
  • Jay Iswazir sebagai Pablo
  • Faizal Hussein sebagai Karim
  • Zalif Sidek sebagai Bob
  • Reen Rahim sebagai Zack
  • Alief Irfan sebagai Alif
  • Adeline Tsen sebagai Lisa
  • Wan Wala sebagai Wan Sado

Sinopsis Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster mengisahkan tentang Ray iaitu ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing. Selain itu Ray turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo.

Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. Di malam hari lahir Ray, Remy abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha dan Aidil.

Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray. Lisa, peguam yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy.

Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga anak saudaranya itu. Dek kerana terpikat setelah memandang Lisa, Ray menerima pelawaan tersebut. 

Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster

Post a Comment

0 Comments