Drama Terima Kasih Cinta (TV3)

Drama Terima Kasih Cinta (TV3)

Drama Terima Kasih Cinta (TV3)

Saksikan drama terbaru Terima Kasih Cinta yang akan mula bersiaran pada 30 November 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Drama yang diinspirasikan daripada novel 'Terima Kasih Cinta' karya Aisya Sofea ini bakal bersiaran bagi menggantikan Wanita Milik Tuan Putra yang telah tamat pada 29 November yang lalu.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 30 November 2022 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

🎥 Tonton episod seterusnya Terima Kasih Cinta online - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Amar Baharin, Anna Jobling, Azrel Ismail, Rita Nadira, Aida Khalida dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Azrel Ismail sebagai Razlan
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Aida Khalida sebagai Ummi

Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Drama Terima Kasih Cinta mengisahkan tentang Dr. Harris yang merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea.

Harris bersama keluarganya baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.

Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan selamanya.

Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?

Drama Terima Kasih Cinta (TV3)

Drama Terima Kasih Cinta (TV3)

Post a Comment

0 Comments