Review Kampung People 3 Episod 2

Review Kampung People 3 Episod 2

Review Kampung People 3 Episod 2

Sepatutnya episod 2 untuk drama Kampung People 3 bersiaran pada 19 November lalu, tapi terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada kehangantan pengumuman keputusan PRU15 ketika itu. Kini 23 November 2022 bersambung kembali untuk episod baru di TV3.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Selain menerusi saluran TV3, drama ini juga anda boleh strim di https://www.hotstar.com/my atau aplikasi Disney+ Hotstar dengan yuran langganan berharga RM54.90 untuk 3 bulan. Yang mana boleh tonton lebih awal.

Review Kampung People 3 Episod 2

Untuk episod 2 ini sepertinya lebih mengfokuskan 2 isu iaitu perebutan bilik tidur antara Yummy dan Laila serta perancangan untuk 'game' antara PACERAT dan Laila beserta ayahnya Razif.

Penceritaan bermula pun dah kelakar bila Mona akhirnya kantoi dia punya scones yang telah dibuat tanpa pengetahuan keluarga dia semua. Kantoi sebab Bad Bisu nak bunuh diri dalam oven. hahaha apenda la.

Kalau musim-musim sebelum ni Mona layan novel Laut I Miss You, untuk musim baru ni, dieorang dah upgrade sebab layan drama iaitu Hutan, She Misses You. Ada lagi la Darwish dalam tu, tapi kali ini babak di hutan pula. haha

Dalam isu perebutan bilik tidur ni Mona terpaksa buat keputusan sama ada benarkan Imran atau Laila. Dalam itulah, Imran korek cerita lama katanya pernah diabaikan oleh ibunya ketika kecil. Laila pun sama katanya pernah tinggalkan dia di Jakarta. Jadi untuk tebus kesilapan Mona, kena la bagi bilik. Sebab dua-dua pun ada cerita sendiri. Makin peninglah Mona masa tu.

Selain itu, Laila sudah tahu cerita sebenar kehilangan Jakfer dan tahu dalam badan Bad Bisu tu bukan orang lain. Disebabkan itulah, mereka merasakan PACERAT dan tipu dieorang. Sebab dah tahu helah tersebut, Laila dan Razif berlakon la konon-konon percaya Jakfar dalam badan Bad Bisu.

Macam-macam la dia buat antaranya nak cepatkan perkahwinan dan siap print kad kahwin. Tapi sepertinya helal tersebut cepat dibau oleh Ejen Syukrinah sebab design guna Powerpoint katanya hahaha Dia tahu Laila dah tahu kisah sebenar dan PACERAT game pula sekali lagi. Jadi kiranya cerita game antara satu sama lain la ni.

PACERAT taknak dituduh menipu sebab sesuai dengan motonya 'Efektif, Efisyen Secara Elegan Berekonomi'.

Masih dengan dialog merepek dan bahasa jepun yang digunakan. Tetapi itulah identiti Kampung People. Jadi masih kelakar untuk episod ini.


Kampung People 3 Episod 2 - 8/10

Post a Comment

0 Comments