Drama Cina Buta Ditunda Lagi Ke Tarikh Akan Diumumkan Kelak

Drama Cina Buta Ditunda Lagi Ke Tarikh Akan Diumumkan Kelak

Drama Cina Buta Ditunda Lagi Ke Tarikh Akan Diumumkan Kelak

Pasti ramai yang ternanti-nanti drama terbaru bagi mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Pada awalnya selepas tamat Tiada Maaf Buatmu, sepatutnya drama Cina Buta yang akan ditayangkan iaitu mulai 9 November 2022 yang lalu.

Tetapi ketika itu, pihak Astro mengumumkan tayangan tersebut terpaksa ditunda dan ianya digantikan dengan drama Kau Vs Aku yang sebelum ini dimainkan di platform penstriman Sooka sebanyak 8 episod.

Penonton pasti gembira selepas Astro mengumumkan Cina Buta akan bersiaran mulai 23 November 2022 iaitu pada hari Rabu. Tetapi kegembiraan tersebut hanyalah sementara apabila ianya sekali lagi ditunda atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Menerusi pengumuman bambam_studios drama terkini Astro Ria iaitu Cina Buta akan ditunda sekali lagi. Tarikh baharu akan diumumkan kelak.

Jadi sementara itu, hiburan untuk pelanggan Astro diteruskan dengan drama 'Dia Yang Ku Jadikan Suami' untuk slot Megadrama mulai 23 November 2022 jam 10.00 malam sebanyak 13 episod. Segala kesulitan amat dikesali.

Post a Comment

0 Comments