Drama Kampung People 3 (TV3)

Drama Kampung People 3 (TV3)

Drama Kampung People 3 (TV3)

Saksikan drama yang ditunggu-tunggu Kampung People 3 yang akan bersiaran mulai 18 November 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.hotstar.com dan aplikasi Disney+ Hotstar

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 18 November 2022 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Baizura Kahar & Syakirin Supardi
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin & Shahril Sarjan
Produksi : KL Motion Pictures

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinah, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Elly Mazlein sebagai Mona
  • Rashidi Ishak sebagai Rafiz
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Yummy/Imran
  • Shahril Sarjan sebagai Badrul Bisu
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Shukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madamme Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish

Sinopsis Drama Kampung People 3

Drama Kampung People 3 kali ini bermula dengan keluarga Razif dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19.

Setelah itu mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka.Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu.

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar.

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Drama Kampung People 3 (TV3)

Drama Kampung People 3 (TV3)

Post a Comment

0 Comments