Review Drama Kampung People 3 Episod 1

Review Drama Kampung People 3 Episod 1

Review Drama Kampung People 3 Episod 1

Drama yang ditunggu-tunggu kini telah tiba apabila Kampung People 3 telah mula disiarkan di TV3 mulai 18 November 2022. Menerusi slot Akasia yang ditayangkan pada pukul 9.00 malam.

BACA : Info & Sinopsis Drama Kampung People 3

Selain di kaca televisyen, drama ini juga anda boleh strim di https://www.hotstar.com/my atau aplikasi Disney+ Hotstar dengan yuran langganan berharga RM54.90 untuk 3 bulan.

Review Drama Kampung People Episod 1

Admin tunggu juga drama siri ni untuk musim ketiga yang mana kita tahu ending musim kedua dulu Kampung People semua terpaksa bersembunyi lagi sebab Tuan Suhaimi bebas dan Madame Mah tak mati. Jadi belum tamat ceritanya.

Admin baca sinopsis mula-mula dah tergelak tengok keluarga Razif ni ditidurkan selama 2 tahun sebab pandemik. Jadi mula-mula cerita je mereka dibangunkan dan diperkenalkan dengan ejen baru iaitu Ejen Syukrinah.

Sebab masih dalam penyamaran kerana diburu oleh geng Cengkih Manis, semua Kampung People terpaksa menyamar dan menggunakan nama samaran lain pula. Kali ini ada video khas untuk pergenalan nama-nama baru tersebut. Which is menarik la juga.

Kali ni menggunakan tema milenial jadi nama-nama samaran pun nampak urban la. Ini nama-nama samaran tersebut

  • TP - Danial Erik Ashman
  • Tok Imam - Kyle Aidan
  • Bad Bisu - Jaafar
  • Norbik - Danish Rayyan
  • Razif - Rodzi Aeril Mikail
  • Mona - Moni Segamat
  • Laila - Lili Angel Lorita
  • Yummy - Rahim

Percayalah adegan perkenalan nama-nama samaran ni kelakar gila. Lagi-lagi bila Mona dapat nama yang bunyinya tak milenial langsung berbanding yang lain.

Musim terbaru kali ini nampaknya dieorang bukan lagi Kampung People apabila keluarga Rafiz dan yang lain akan tinggal di bandar dan duduk di flet yang katanya dekat dengan markas Cengkih Manis. Katanya sebab lebih mudah menyamar.

English terabur daripada Mona, loghat pelat daripada Lailer masih lagi melucukan. Tambah pula dibetulkan oleh Rafiz dan Imran yang kini dah akil baligh pun.

Sepertinya episod pertama ni dah munculkan semua pelakon dan watak utama kecuali yang memang tidak ada dalam senarai seperti Jaafar lakonan Hun Haqeem yang katanya akan diganti dengan Aniq Suhair. Tapi belum muncul lagi.

Apa-apapun lawak dan dialog masih kekal lucu dan diharapkan plot lebih menarik daripada musim sebelumnya. Tengok penulis skrip dan pengarah sampai 3 orang ni. Lebih banyak otak, lebih banyak idea yang boleh dikeluarkan.


Kampung People 3 Episod 1 - 8/10

Post a Comment

0 Comments