Senarai Pemenang Terpaling Juara Musim Pertama 2022

Senarai Pemenang Terpaling Juara Musim Pertama 2022

Senarai Pemenang Terpaling Juara Musim Pertama 2022

Program terbaru realiti tv TERPALING JUARA telah melabuhkan tirai apabila mengumumkan Rahmad Mega sebagai pemenang dan juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Barisan Finalist

Kehangatan pentas akhir diserikan dengan hanya 4 daripada 6 peserta iaitu Shazreen, Rahmad Mega, Hazami dan Aqmal. Rahmad Mega dan Shaz ialah daripada mentor Hael Husaini. Manakala Hazami dan Aqmal masing-masing daripada Akim Ahmad dan Naim Daniel.

BACA : Senarai Peserta Terpaling Juara 2022

Tugasan

Pada malam final, kesemua empat peserta perlu mempersembahkan 2 tugasan iaitu lagu solo dan lagu duet bersama mentor masing-masing.

Rahmad Mega - Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip & Di Penjara Janji bersama mentor Hael Husaini

Aqmal - Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir & Di Amaran Mama bersama mentor Naim Daniel

Hazami - Luluh nyanyian asal Khai Bahar & Joget Angan Tak Sudah bersama mentor Akim Ahmad

Shaz - Gelisah Mimpi nyanyian asal Liza Hanim & Hati bersama mentor Hael Husaini

Barisan Juri

Seperti pada minggu-minggu sebelumnya, terdapat 2 juri tetapi yang akan mengadili setiap persembahan mereka iaitu Dato' Hattan dan Fauziah Latiff juga bersama juri jemputan iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Markah juri mewakili 70% daripada keseluruhan. Lagi 30% adalah datang daripada undian online yang boleh dibuat menerusi laman web www.xtra.com.my/terpalingjuara/

Senarai Pemenang Terpaling Juara 2022

  • Juara - Rahmad Mega (RM100,000 beserta trofi)
  • Naib Juara - Aqmal (RM50,000 beserta trofi)
  • Tempat Ketiga - Hazami (RM30,000 beserta trofi)
  • Tempat Keempat - Shaz (RM10,000 beserta trofi)

Program Terpaling Juara TV3

Terpaling Juara menampilkan Haziq Hussni dan Shiha Zikir sebagai hos tetap sepanjang musim berlangsung. Beliau bertanggungjawab untuk memeriahkan suasana di Studio Sri Pentas 2, Shah Alam.

Selama 8 minggu para peserta bersaing sehingga ke malam kemuncak pusingan akhir yang mana program ini berlangsung setiap hari Ahad, pada jam 9.00 malam di TV3 atau secara striming menerusi Youtube TV3 dan www.tonton.com.my

Post a Comment

0 Comments