Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Saksikan drama terbaru ROTI CICAH SUSU yang akan bersiaran mulai 10 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Drama bersiri yang bakal menggunakan Bukan Pi Mai Pi Mai ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Roti Cicah Susu' karya Liza Nur yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Episod : -
Tayangan : Saluran Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 10 Oktober 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Ayuni Zamani
Pengarah : Azman Hj Yahya & Sheila Rusly
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Haneesya Hanee, Farahdhiya, Aida Aris, Safwan Nazri, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi, Hazeeq Dean, Fad Anuar dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Haneesya Hanee sebagai Umaira 
  • Farahdhiya sebagai Arissa
  • Aida Aris sebagai Ratna
  • Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
  • Safwan Nazri sebagai Lutfi
  • Afifah Nasir sebagai Hernani
  • Fad Anuar sebagai Dr. Emran Mikhail

Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Drama Roti Cicah Susu mengisahkan tentang empat orang anak yatim piatu yang dibesarkan di Teratak Markissa iaitu Umaira, Elmiyya, Arissan dan Aiman.

Namun begitu, keempat-empat mereka terpisah apabila sesuatu berlaku di Teratak Markissa angkara Geng Tengkorak dan rumah tersebut terpaksa ditutup.

Selepas 15 tahun , mereka semua bertemu semula dan cuba untuk mencari jawapan tentang apa yang berlaku dulu sehingga membuka banyak rahsia yang tak sepatutnya diketahui.

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Drama Roti Cicah Susu (Astro Ria)

Post a Comment

0 Comments