Program Terpaling Juara Di TV3

Program Terpaling Juara Di TV3

Program Terpaling Juara Di TV3

Jangan lupa saksikan program terbaru TERPALING JUARA yang akan mula bersiaran pada 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam pada pukul 9.00 malam di TV3 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my

Episod : 8 Minggu
Siaran : TV3 & Tonton
Tarikh : Mulai 21 Ogos 2022 (Setiap Ahad)
Masa : 9.00 Malam - 10.30 Malam

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Format Pertandingan

Terpaling Juara mempertaruhkan 3 kapten bersama-sama 6 peserta dimana 3 terdiri daripada penyanyi popular dan 3 lagi daripada bintang baru. Kapten akan membimbing seorang penyanyi popular dan seorang penyanyi baru tersebut.

Mereka akan membuat persembahan minggu yang bertemakan playlist AJL iaitu dimana lagu-lagu popular Anugerah Juara Lagu akan diberikan nafas baru yang mana pastinya akan menggamit nostalgia penonton untuk program ini.

Barisan Peserta

3 kapten yang akan memilih 2 orang peserta dibawahnya pada minggu pertama ialah Akim Ahmad (Juara Lagu 30 - Potret), Hael Husaini (Juara Lagu 32 - Jampi & Juara Lagu 33 - Haram) dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 - Sumpah)

Program Terpaling Juara Di TV3

3 penyanyi popular tersebut ialah Ifa Raziah iaitu seorang penyanyi terkenal dengan nyanyian dangdut, Hazami yang selalu mendendangkan lagu genre balada dan seorang lagi peserta iaitu Rahmad Mega seorang penyanyi rock.

Manakala 3 penyanyi baru itu ialah Shaz (Shazreen Shaharum, 26 tahun), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18 tahun) yang mana mereka telah melalui sesi ujibakat dan telah terpilih daripada 380 orang peserta yang hadir.

Juri Tetap

Juri tetap bagi program Terpaling Juara ialah Datuk Hattan dan Fauziah Latiff yang akan mengadili dan memberi markah setiap minggu kepada barisan peserta.

Pengacara

Untuk musim pertama, Haziq Hussni dan Shiha Zikir dipertanggungjawabkan sebagai hos selama program berlangsung dan memastikan program berjalan dengan lancar.

Hadiah

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang tempat ketiga pula menerima RM30,000

Penaja

Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

Siapakah yang bakal memenangi sekali gus merangkul gelaran juara diantara juara dalam Terpaling Juara tahun 2022 kelak? Nantikan...

Post a Comment

0 Comments