Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Saksikan drama terbaru BUKAN PI MAI PI MAI yang akan bersiaran mulai 19 September 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh tonton secara online di Astro Go.

Seperti yang diberitahu oleh pengarahnya, Sabri Yunus, drama yang bakal menggantikan Kids Nowadays ini bukanlah cerita sambungan atau reunion Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Sebaliknya ianya hanya menggunaakn karakter dan imej yang hampir sama seperti sitkom tersebut.

Episod : 12
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 19 September 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Pengarah : Sabri Yunus
Produksi : Porcupine Production & Heritage Movies

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Sulaiman Yassin (Mat Over), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sabri Yunus sebagai Wan Seman
  • Angeline Tan sebagai Jessey
  • Imuda sebagai Sudi
  • Khatijah Tan sebagai Mak Nah
  • Sulaiman Yassin sebagai Mat Cover
  • Sathia sebagai Savhi
  • Azizul Ammar sebagai Joey
  • Saidi Sabri sebagai Adil
  • Silfeny Osman sebagai Nita

Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai mengisahkan tentang enam warga emas yang bekerja di sebuah resort iaitu My Gopeng Resort dimana baru dibuka dan diruskan oleh Nita, Joey dan Adil.

Kesemua pekerja diminta membuat video promosi resort tersebut bagi mengajak lebih ramai bakal pelanggan dan pengunjung untuk datang bercuti di resort mereka memandangkan ianya baru beroperasi.

Dalam tempoh itu, macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu. Adakah akan lebih ramai yang akan datang di resort tersebut hasil daripada usaha pekerja-pekerja tersebut?

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

Post a Comment

0 Comments