Telefilem Sadaqallahul'azim (TV AlHijrah)

Telefilem Sadaqallahul'azim (TV AlHijrah)

Telefilem Sadaqallahul'azim (TV AlHijrah)

Saksikan telefilem khas sempena Maulidur Rasul berjudul Sadaqallahul'azim yang akan bersiaran pada 9 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam menerusi saluran TV AlHijrah atau boleh juga tonton secara online di www.alhijrahplus.com

Tayangan : Saluran TV AlHijrah
Tarikh : 9 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Tuan Zabidi Mohamed
Pengarah : Dato' Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Ungku Hariz, Husna Mustafa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlyn Ariffin, Ustaz Muslim, Ustaz Mustaqim, Wan Badhli, Nur Laili dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ungku Hariz sebagai Solihin
  • Husna Mustafa sebagai Iffah
  • Anna Dahlia sebagai Syasya
  • Zaidi Omar sebagai Datuk Razak
  • Razak Ahmad sebagai Hj Dorani
  • Ezlynn Ariffin sebagai Soleha

Sinopsis Telefilem Sadaqallahul'azim

Telefilem Sadaqallahul'azim mengisahkan tentang Solihin iaitu seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan.

Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa-apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al-Quran.

Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntunan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. Namun begitu perkenalan Solihin dengan Iffah mengubah segalanya.

Sejak daripada itu, Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak mahu mengaji kepada yang lebih baik. Adakah tindakan beliau ini benar-benar ikhlas untuk berubah atau semata-mata hanya kerana seorang wanita?

Telefilem Sadaqallahul'azim (TV AlHijrah)

Telefilem Sadaqallahul'azim (TV AlHijrah)

Post a Comment

0 Comments